Zuraida Desak Parti Pecat Haziq Aziz

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Zuraida Kamaruddin mahu kepemimpinan parti segera memecat Haziq Abdullah Abdul Aziz kerana telah memalukan serta mencemar nama baik parti.

Hal itu adalah berikutan dengan tindakan pengakuannya terbuka oleh Haziq Aziz yang bersumbah bahawa beliau telah terbabit dalam video seks dengan seorang lelaki yang didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Zuraida Kamaruddin yang juga memegang portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, desakan supaya ketua pemuda PKR (AMK) Santubong itu dipecat akan dibawa pada mesyuarat Biro Politik PKR petang ini bertarikh 19 Jun 2019.

“Ya saya akan desak parti pecat Haziq. Sepatutnya, tindakan pecat harus dikenakan kepada anggota terlibat kerana ia memalukan parti, mencemarkan parti dan juga mencemarkan kepimpinan parti”, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida Kamaruddin berkata demikian sewaktu diminta mengulas tentang tindakan parti yang tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas Haziq Aziz walaupun telah bersumpah terlibat dalam perbuatan songsang yang keji itu.

Mesyuarat biro politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) kebiasanya dipengerusikan oleh presiden parti iaitu Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Zuraida Kamaruddin juga turut menyifatkan kepemimpinan parti sebagai kurang bijak apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Haziq Aziz susulan sumpahnya terlibat dalam video seks.

“Apa yang saya nak tekankan di sini ada beberapa perkara yang asas pada saya, yang pada prinsipnya tindakan parti PKR itu sendiri saya rasa kurang kebijaksanaannya apabila dia (Haziq) sudah mengaku kesalahan secara terbuka. Kelakuan (seks) luar tabii adalah jenayah dalam negara”, katanya.

Zuraida Desak Parti Pecat Haziq Aziz

Mengulas dakwaan Azmin Ali yang yakin konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkannya melalui penyebaran beberapa klip video seks, dilakukan orang dalaman, Zuraida berkata beliau menyerahkan semuanya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Kalau Azmin yang dianggap pesalah tetapi menafikan pembabitan beliau, maka kita serah kepada polis untuk siasat”, tambah Zuraida Kamaruddin lagi kepada pemberita.

Ketika ditanya sama ada skandal video seks luar tabii terbabit akan membuatkan ramai pihak melabel PKR sebagai parti pro-kesongsangan, ini jawab Zuraida.

“Belum lagi (dilabel sedemikian), tapi nanti petang saya akan tanya dia orang (dalam mesyuarat Biro Politik)”, katanya.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here