Wan Azizah Kata Bersatu Dan UMNO Tak Sama

Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) tidak akan sama dengan parti UMNO seperti yang disangkakan.

Walaupun kita tahu Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) adalah serpihan daripada ahli UMNO yang kecewa dengan UMNO kerana tidak mendapat tempat dalam pemerintahan parti dan sebagainya, namun Wan Azizah tetap dibelakang BERSATU.

Dr Wan Azizah menzahirkan keyakinan beliau terhadap BERSATU dan berkata parti berkenaan juga tidak sesekali mirip seperti UMNO walaupun pemimpin pada waktu zaman tercetusnya reformasi adalah individu yang sama.

“Ia tidak sama sebab BERSATU ditubuhkan daripada UMNO, jadi dia lain dari UMNO, dia punya asas lain. Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri) bila kita bercakap dahulu, kita 21 tahun bersama dengan Reformasi, dan Tun pun berkata dia pun bersama UMNO dahulu lebih daripada itu dan tinggalkan UMNO.

Wan Azizah Kata Bersatu Dan UMNO Tak Sama

Jadi apa yang saya faham parti ini (BERSATU) tidak sama. Tun sebagai Presiden UMNO tinggalkan UMNO dan tubuh BERSATU,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama Wanita Keadilan Pulau Pinang di Pantai Robina di Butterworth hari ini.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas adakah parti BERSATU akan menjadi seperti UMNO sekali gus menjadikan ia tidak sama dengan aspirasi Pakatan Harapan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pelawaan Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU untuk semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai BERSATU dan Dr Wan Azizah berkata pelawaan Dr Mahathir itu kerana BERSATU sebuah parti Melayu, selain untuk menambah ahli serta mengukuhkan kuasa politik parti berkenaan.

Dr Wan Azizah yang juga Penasihat PKR berkata pelawaan Dr Mahathir itu mungkin dibuat bagi menambah bilangan ahli BERSATU.

“Bagaimanapun, saya rasa PAS dan UMNO sudah memberi indikasi bahawa mereka tidak berminat (dengan pelawaan Dr Mahathir untuk menyertai BERSATU),” katanya.

Wan Azizah Kata Bersatu Dan UMNO Tak Sama

Dr Mahathir ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU Johor di Dewan Serbaguna Johor Jaya, di Johor Bahru semalam mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai BERSATU dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Katanya kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here