‘UM Patut Tarik Semula Laporan Polis’ – LKS Kritik Tindakan Universiti Malaya

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, Naib Canselor Universiti Malaya perlu bertindak sedemikian dan berhenti menyasarkan aktivis pelajar yang melakukan protes.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Datuk Abdul Rahim Hashim menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap graduan, Wong Yan Ke, 23, di atas tindakannya membuat protes baru-baru ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga sebelum ini mempertahankan hak pelajar untuk berdemonstrasi, namun berpandangan bahawa majlis konvokesyen bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan protes berkenaan.

Maka katanya, sebarang protes yang berlaku dalam majlis konvokesyen universiti atau hal yang berkaitan sepatutnya ditangani selari dengan semangat tersebut dan bukan dengan cara keras yang akan memburukkan nama baik UM.

“Abdul Rahim patut menarik semula laporan polis yang dibuat pihak universiti dan berhenti menyasarkan aktivis pelajar yang melakukan protes, sebaliknya beliau sepatutnya mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk menangani isu yang berbangkit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

“Kegagalan Abdul Rahim untuk mempromosikan toleransi dan perpaduan kaum dalam kalangan warga UM yang berbilang kaum dengan melibatkan diri dalam Kongres Maruah Melayu telah mencemarkan kepimpinannya di universiti berkenaan,” katanya.

Selasa lalu, UM membuat laporan polis berhubung tindakan seorang graduan kejuruteraan awam yang mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM semasa sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59.

UM berkata, kelakuan graduan berkenaan biadab dan tidak dapat diterima sama sekali.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here