Tun Mahathir Gelar TMJ Bodoh

Pada tarikh 6 Mei 2019, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menggunakan bahasa yang kurang manis dan ditujukan kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan menggelar Tunku Mahkota Johor itu atau TMJ sebagai bodoh.

Hal ini secara tidak langsung akan memberi ancaman untuk menghangatkan lagi sengketa terbuka antara mereka berdua di hadapan rakyat yang seolah-olah disengajakan oleh Tun Dr Mahathir.

“TMJ ni budak kecil. Dia bodoh sebab tidak tahu apakah yang sedang berlaku. Jadi janganlah bercakap kalau tak tahu apa yang berlaku”, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temu bual khas dengan media di pejabatnya hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memberi sebarang komen terhadap Sultan kerana beliau tahu akan kesan yang mudarat akan berlaku jika beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak baik terhadap sultan.

Tunku Mahkota Johor sebelum ini berkata, keluarga diraja Johor menjadi mangsa serangan peribadi dan dikritik secara tidak adil berkaitan projek Sistem Aliran Transit.

Lantaran sebelum ini Daim Zainuddin telah membodohkan rakyat yang menyokong UMNO dan kali ini perdana menteri membodohkan kerabat diraja pula. Semakin hari semakin pelik Pakatan Harapan.

Pada 4 Mei 2019 yang lalu, Tunku Ismail telah menyenaraikan beberapa sumbangan Sultan Johor seperti program perumahan mampu milik, Rumah Impian Bangsa Johor, dengan tanahnya di Bandar Dato Onn di Mersing diberikan dan dibangunkan oleh Sultan Johor di laman Twitter.

Terdahulu beliau mengongsi kenyataan Sultan Ibrahim yang bersedia menyerahkan sekeping tanah di Bukit Chagar kepada kerajaan tanpa kos sekiranya projek pembinaan RTS diteruskan serta-merta.

Hubungan antara Putrajaya dengan istana Johor nampak semakin tegang sejak kebelakangan ini berkaitan beberapa isu seperti ratifikasi Statut Rom, perletakan jawatan menteri besar Johor, Osman Sapian dan cadangan mengganti perdana menteri.

Sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/05/06/dr-mahathir-anggap-tmj-bodoh/

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here