Tukang Emas Lubnan Tuntut Barang Kemas Yang Dirampas Dari Rosmah Mansor

Tukang emas Lubnan akan buat permohonan untuk masuk campur tangan dalam kes saman sita kerajaan Malaysia terhadap barangan berharga yang telah dirampas dari isteri bekas perdana menteri iaitu Rosmah Mansor.

David Gurupatham yang telah diamanahkan untuk menjadi peguam kepada tukang emas Lubnan tersebut memberitahu kepada The Malaysian Insight bahawa permohonan itu akan dibuat semasa pengurusan kes yang akan berlangsung pada tarikh 24 Mei 2019 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Kami sudah menulis kepada Pejabat Peguam Negara untuk meminta butiran mengenai saman itu. Sebaik sahaja kami mempunyai butiran saman, kami akan campur tangan untuk mengesahkan sama ada 44 barang kemas itu termasuk di dalamnya.

Sekiranya mana-mana bahagian daripada 44 barang kemas itu ada, kami akan memohon untuk campur tangan bagi mendapatkannya kembali kerana pelanggan kami adalah pemilik sah bagi barangan yang dirampas”, petikan dari kata-kata David Gurupatham.

Dalam bulan Jun 2018 tahun lalu, Global Royalty Trading yang berpangkalan di Beirut turut pernah memfaikan saman terhadap Rosmah Mansor kerana didakwa gagal membayar barang kemas bernilai AS$14.79 juta (kira-kira RM60 juta) dan menuntut ia dipulangkan.

Global Royalty juga turut mendakwa pada tarikh 10 Febuari 2018, ia telah menghantar 44 barang kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 kepada defendan melalui serahan tangan menerusi dua ejennya.

Syarikat tersebut berkata semasa serahan, Rosmah Mansor telah mengesahkan dan menerima terma-terma serta syarat yang terkandung dalam Memorandum No 926 berkaitan barang kemas tersebut.

Global Royalty juga mendakwa bahawa Rosmah Mansor melalui surat bertarikh 22 Mei 2018 telah mengesahkan dan mengakui menerima barang kemas terbabit tetapi menyatakan kesemua barang kemas berkenaan tidak lagi berada dalam milikannya kerana telah dirampas dan ia kini berada di bawah simpanan pihak berkuasa Malaysia.

Oleh yang demikian, Global Royalty telah memohon pengisytiharan mahkamah bahawa firma itu adalah pemilik sah 44 unit barang kemas terbabit selain perintah pesanan yang menyatakan bahawa pemilikan barang kemas itu tidak pernah dipindahkan kepada defendan.

Tukang Emas Lubnan Tuntut Barang Kemas Yang Dirampas Dari Rosmah Mansor

Mereka juga telah memohon perintah mandatori supaya Rosmah menyediakan senarai barang kemas yang telah dirampas, perintah untuk barang kemas itu dipulangkan atau jika tidak, Rosmah akan bertanggungjawab membayar harga barangan berjumlah AS$14.79 juta (RM59.83 juta).

Rosmah Mansor sewaktu dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada tarikh 23 Julai 2018 menafikan membeli mana-mana 44 unit barang kemas dan berkata barang kemas terbabit dihantar kepada beliau untuk dilihat.

Ianya atas sifat beliau sebagai isteri perdana menteri Malaysia atas kehendak dan kerelaan syarikat itu sendiri dan tanpa sebarang obligasi untuk beliau membeli barang kemas tersebut.

Menurut David Gurupatham lagi, sekiranya barangan kemas itu tidak berada dalam simpanan polis selepas rampasan, pihak Global Royalty akan mendapatkannya semula atau diberi pampasan penuh melalui saman sivil terhadap Rosmah Mansor.

Dalam bulan Nov 2018 tahun lalu, pegawai kerajaan memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan masa untuk mengesahkan sama ada barang kemas Global Royalty turut termasuk dalam barangan yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Di bawah peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, polis hanya boleh menyita barang itu dan menyimpannya selama 12 bulan.

Ini bererti, pihak polis perlu mengesahkan barangan kemas tersebut dalam bulan ini dan mengambil langkah seterusnya sebelum menyerahkan semula kepada individu yang dirampas.

Sumber : Malaysiakini

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here