Tiada Keputusan Akhir Berkenaan Penghapusan Had Harga Petrol

Kabinet barisan menteri Kerajaan Pakatan Harapan masih belum buat sebarang keputusan dan kata akhir berkenaan dengan penghapusan had paras harga petrol RON95.

Saifuddin Nasution Ismail selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menjelaskan serta mengulas tentang laporan media berhubung dengan kenyataan beliau sebelum ini.

Beliau berkata, buat masa ini ia kekal pada RM2.08 seliter dan ia adalah merupakan usaha kerajaan untuk melindungi rakyat daripada terdedah kepada harga petrol yang tinggi dan tidak menentu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga ada menjelaskan tentang penstabilan harga runcit minyak dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah salah satu daripada komitmen manifesto Pakatan Harapan.

Tiada Keputusan Akhir Berkenaan Penghapusan Had Harga Petrol

Beliau tekankan bahawa menstabilkan harga runcit minyak dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah komitmen mereka dan bukannya RM1.50 seliter bagi petrol RON95 seperti yang telah tular di media sosial walaupun pernah disebut oleh beberapa pemimpin tertinggi dalam komponen Pakatan Harapan.

Tambah Saifuddin Nasution Ismail lagi, penstabilan harga runcit bahan api itu telah pun dilaksanakan dan kerajaan komited melaksanakan subsidi bersasar supaya hanya golongan yang layak dan memerlukan sahaja menerima subsidi tersebut.

“Kerajaan sentiasa mendengar dan terbuka untuk mendengar cadangan daripada rakyat berkenaan pelaksanaan subsidi bersasar ini agar niat dan objektif di sebalik dasar ini tercapai”, Saifuddin Nasution Ismail.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here