‘Terima Kasih Tun’ – Anwar Ulas Isu Peralihan Kuasa

Presiden PKR, Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang mahu menyerahkan jawatan perdana menteri kepada beliau.

“Terima kasih kepada rakyat, kepada Pakatan Harapan dan kepada Tun (Mahathir).

“Saya dah jelaskan, saya secara ikhlasnya sebenarnya malas nak jawab (isu ini).

“Keputusan dibuat sebelum pilihan raya, mandat dalam pilihan raya, setakat ini tidak ada pimpinan Pakatan Harapan yang mengusulkan nama lain,” katanya.

Anwar berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengesahkan akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepadanya.

Dr Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama akhbar Australia, Sydney Morning Herald (SMH) di Bangkok, pada Isnin, ditanya sama ada jawatan perdana menteri akan diserahkan kepada Anwar dan bukan calon lain, termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Mahathir menjawab: “Ya, saya akan (serahkan),”

Mengulas mengenai dakwaan terdapat cubaan menghalangnya menjadi perdana menteri, Anwar memaklumkan, tidak ada mana-mana pemimpin PH yang mengusulkan nama lain setakat ini.

“Keputusan dibuat sebelum pilihan raya, mandat dlm pilihan raya. Setakat ini, tidak ada pimpinan PH yang mengusulkan nama lain.

“Tapi dalam politik, memang berlaku apa yang dipanggil court intrigue (fantasi politik), kita tak boleh halang.

”Tapi saya tak ada masalah, kita tumpu perhatian dalam urusan kerja,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Setiausaha PH mendakwa wujud komplot mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), antaranya bertujuan menghalang Anwar menjadi perdana menteri.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here