Tabung Haji Nafi Malaysia Hilang Kuota Tambahan 10,000 Orang Tunai Haji

Pada tarikh 4 Mei 2019, Lembaga Tabung Haji telah menyangkal dakwaan Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyatakan bahawa Malaysia telah hilang kuota tambahan haji sebanyak 10,000 orang.

Lembaga Tabung Haji telah menegaskan melalui kenyataan media mereka dengan menyatakan bahawa dakwaan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bukan sahaja memberi kekeliruan, tetapi ianya adalah palsu sama sama sekali.

“Asyraf telah membuat kenyataan di atas dan dilaporkan oleh Utusan Malaysia Online pada 4 Mei 2019. Untuk pengetahuan umum, kuota rasmi yang diberikan Arab Saudi kepada Malaysia bagi tahun ini ialah sebanyak 30,200 orang”, Lembaga Tabung Haji.

“Bagi memendekkan waktu menunggu bakal haji, TH telah membuat permohonan kuota tambahan sebanyak 10,000 jemaah bagi musim haji tahun ini. Seperti kebiasaan, pemberian kuota tambahan ini adalah bergantung atas budi bicara kerajaan Arab Saudi”, Lembaga Tabung Haji.

Tabung Haji Nafi Malaysia Hilang Kuota Tambahan 10,000 Orang Tunai Haji

Lembaga Tabung Haji turut menekankan bahawa sehingga kini, pihak institusi kewangan Islam itu masih menunggu keputusan rasmi berkenaan dengan permohonan yang telah dibuat untuk mendapatkan kuota tambahan.

“Berdasarkan rekod sepanjang 10 tahun sebelum ini, pada tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016, di mana permohonan kuota tambahan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Haji tidak diluluskan”, Lembaga Tabung Haji.

Sehubungan dengan itu, Lembaga Tabung Haji telah menegaskan agar semua pihak perlu berhenti menularkan berita tidak benar ini dan elakkan komen serta analisis tidak tepat yang berbaur politik kerana ia boleh mengelirukan rakyat.

Rujuk artikel berkenaan Malaysia Hilang Kuota Tambahan 10,000 Orang Tunai Haji seperti yang didakwa oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sewaktu berucap dalam majlis Pentas Perdana Penyatuan Ummah di Ambang Setahun Malaysia Baharu yang dihadiri kira-kira lebih 1,000 orang di Taman Wira Mergong 3 Mei 2019.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here