‘Sebagai Parti, DAP Tidak Terlibat’ – Muhyiddin Ulas Isu LTTE

Bercakap di Parlimen Muhyiddin Yassin berkata, penahanan beberapa individu termasuk pemimpin DAP awal bulan ini hanya membabitkan tindakan individu terbabit dan bukan mewakili organisasi parti politik.

“Sebagai parti, DAP tidak terbabit, yang diambil tindakan adalah individu tertentu. Itu undang-undang bukan soal organisasi politik,” kata beliau yang juga presiden PPBM, satu lagi komponen PH.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, mengesahkan DAP, komponen Pakatan Harapan, tidak terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) meskipun dua daripada Adunnya telah didakwa mahkamah pagi tadi.

Muhyiddin berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Awal bulan ini, dua Adun DAP merupakan antara 12 individu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan usaha menghidupkan semula LTTE di Malaysia.

Individu terbabit dilaporkan bukan saja mempromosi, menyokong, menghasut dan menggalak orang ramai, malah turut mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pernah berkata tindakan polis menahan 12 individu itu adalah mengikut lunas undang-undang sementara beberapa pihak melabel DAP mempromosikan keganasan.

Minggu lalu, PAS meminta kerajaan mengharamkan DAP kerana wakil rakyat dan ahlinya ditahan kerana ada kaitan dengan LTTE.

Sepuluh daripada 12 individu yang ditahan termasuk 2 Adun DAP didakwa hari ini secara berasingan di mahkamah sesyen di lima buah negeri.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here