‘Saya Berpuas Hati Dengan Tindakan Polis Atas Kes LTTE’ – Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir menegaskan, di saat tiadanya undang-undang lain, katanya, polis tiada pilihan selaing menggunakan Sosma yang membolehkan suspek ditahan tanpa bicara selama 28 hari.

Perdana menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada setuju dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim bahawa beberapa peruntukan dalam Sosma adalah keras.

“Akta Sosma masih ada. Jadi ketika ketiadaan undang-undang lain yang boleh digunakan, mereka gunakan Sosma,” katanya kepada pemberita di Petaling Jaya, hari ini.

Di tengah-tengah kritikan dari Pakatan Harapan (PH) sendiri, Dr Mahathir Mohamad mempertahankan langkah polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) untuk menahan beberapa individu yang disyaki ada kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Sosma diwartakan oleh pentadbiran BN bagi menangani soal keselamatan, susulan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama dua tahun.

ISA dikritik kerana digunakan terhadap seteru politik parti pemerintah, antaranya dalam Operasi Lalang pada 1987 ketika Mahathir kali pertama sebagai perdana menteri.

Mahathir juga berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan polis berhubung penahanan 12 Individu, termasuk dua adun DAP, dalam siasatan mereka.

“Saya diberi taklimat oleh polis. Mereka nyatakan sebab tindakan mereka.

“Saya berpuas hati dengan penjelasan mereka tentang mengapa perlu bertindak demikian,” katanya lagi.

Sosma turut digunakan terhadap pengkritik kerajaan ketika pentadbiran Najib Razak sebagai perdana menteri.

Sebelum ini PH berjanji untuk memansuhkan Sosma dan beberapa akta lain lagi yang dilihat zalim.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin pernah berkata rang undang-undang untuk meminda Sosma masih dalam penilaian Pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun ia tidak dibentang ketika sidang Parlimen Julai lalu, serta tidak termasuk dalam aturan urusan mesyuarat bagi sidang yang sedang berjalan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here