Sasterawan Akan Terus Kritik Kerajaan Walaupun Terima RM5,000 Sebulan

Sasterawan negara akan teruskan mengkritik kerajaan dengan hasil karya sekiranya perlu walaupun telah mula menerima peruntukan elaun sebanyak RM5,000 untuk setiap bulan.

Zurinah Hassan yang berusia 70 tahun dan merupakan salah seorang daripada tujuh Sasterawan Negara yang menerima elaun tersebut telah menegaskan bahawa sebarang pengiktirafan dan wang ringgit tidak akan mempengaruhi haluan dalam penulisan beliau.

“Kita tak kisah, bagi duit apa semua tapi pemikiran, penulisan tetap tak terpengaruh dengan wang ringgit. Macam kita dapat (gelaran) Sasterawan Negara, maknanya kerajaan dulu bagi kita (pengiktirafan) Sasterawan Negara (tapi) bukan nak bagi kita berhenti daripada tulisan-tulisan yang mengkritik dia, kita teruskan mengkritik”, tegas Zurinah Hassan.

Zurinah Hassan yang juga dikenali dengan nama penanya sebagai Haniruz merasakan bahawa pemberian elaun sebanyak RM5,000 sebulan itu sepatutnya telah diberikan sebelum ini lagi.

Tambahnya lagi jika hendak dibandingkan dengan negara lain, Sasterawan Negara sepatutnya sudah lama diberikan pengiktirafan seperti hari ini kerana ramai yang tidak mengetahui bahawa para sasterawan sanggup berkorban masa, wang dan tenaga untuk menumpukan kepada sastera.

Sasterawan Akan Terus Kritik Kerajaan Walaupun Terima RM5,000 Sebulan

“Macam saya, saya bersara secara pilihan sendiri. Umur saya belum lagi 50 tahun masa tu. Jadi bayangkan kalau saya bekerja tu ada 10 tahun lagi. Bayangkan kalau saya berhenti waktu tu, berapa banyak wang yang saya, dari segi material, saya telah kehilangan. Tapi bila kita ambil ini (elaun), jangan pula menuduh kita sebagai pengkhianat semua”, kata Zurinah Hassan.

Pada 24 Jun 2019 yang lalu, pihak kerajaan Pakatan Harapan telah memperkenalkan elaun sebanyak RM5,000 sebulan untuk penerima anugerah Sasterawan Negara.

Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM35,000 kepada Kementerian Pendidikan untuk bayaran tersebut yang akan dimulakan bermula pada bulan Ogos sehingga Disember 2019 tahun ini.

Walaupun ada beberapa pihak yang cuba mempertikaikan pemberian tersebut yang menyifatkan ia tidak wajar kerana terlalu tinggi dan dikatakan lebih baik diberikan kepada yang lebih memerlukan seperti bekas tentera, nelayan, atau bilal masjid.

Ada juga pihak yang berpendapat bahawa elaun itu sepatutnya diberikan sejak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional lagi memandangkan golongan sasterawan sudah lama diabaikan.

Tujuh sasterawan negara tersebut yang terlibat untuk menerima elaun sebanyak RM5,00 sebulan adalah A Samad Said, Muhammad Salleh, Noordin Hassan, Anwar Ridhwan, Ahmad Kamal Abdullah, Baha Zain dan Zurinah.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here