‘Rancangan Peralihan Kuasa Tidak Pernah Dibincangkan’ Tun M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peralihan kuasa daripada beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dibincangkan.

Dr Mahathir memberi maklum balas tersebut dalam sidang media bagi menjawab kritikan Syed Husin Ali, Timbalan Majlis Penasihat PKR keatas beliau dalam isu berkenaan.

“Kami tidak pernah membincangkannya,” kata Dr Mahathir.

“Kami perlu mengkaji situasinya terlebih dahulu, jika kerja yang dilakukan hanya separuh siap atau belum dilakukan, kemudian ianya agak sukar,” sambung beliau selepas ditanya berkenaan tarikh yang lebih tepat untuk peralihan kuasa.

Syed Husin mengkritik Dr Mahathir dalam sebuah forum yang meraikan sumbangan pengasas dan presiden PAS Allahyarham Dr Burhanuddin al-Helmy.

Beliau menimbulkan bahawa tiada tarikh rasmi untuk Dr Mahathir memberi laluan kepada Anwar menjadi PM.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda PPBM (ARMADA) Syed Saddiq Abdul Rahman menjawab kritikan Syed Husin dengan berkata Dr Mahathir akan menunaikan janjinya untuk berundur dari jawatan Perdana Menteri sebelum Pilihanraya Umum Ke 15.

Pakatan Harapan sebelum ini mengakui bahawa tiada tarikh tetap untuk peralihan kuasa.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here