‘Rakyat Sudah Hilang Keyakinan Pada PH’ – Lim Kit Siang

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, sebahagian masyarakat negara ini semakin berpecah-belah dan ianya dibuktikan menerusi kontroversi terbaru melibatkan pengenalan tulisan jawi di sekolah rendah termasuk sekolah vernakular.

Tahap keyakinan rakyat semakin merosot sejak kemenangan mengejut Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu merupakan antara petanda kegagalan pakatan itu yang mesti ditangani segera.

Menurutnya, penyebaran berita palsu dan tidak benar juga semakin berleluasa melalui laman sosial sekali gus mendorong masyarakat majmuk di negara ini mempercayai mereka berdepan ancaman kewujudan satu sama lain.

“Kita seolah-olah sudah hilang kepercayaan dalam diri kita sebagai sebuah masyarakat berbilang bangsa.

“Sepatutnya kepelbagaian kaum antara kita perlu dijadikan aset bernilai. Namun kini kita berdepan ketakutan dan kesangsian terhadap satu sama lain di samping kegagalan menyelami nilai murni dan kualiti terbaik terdapat dalam ketamadunan Islam, Cina, India dan barat di negara ini bagi membina sebuah bangsa Malaysia hebat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kit Siang turut mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan kebimbangan rakyat tetapi gagal mengemukakan sebarang cadangan penyelesaian.

Menurutnya, keperluan PH mempromosikan aspek kesederhanaan sangat kritikal terutama dalam menunaikan janji manifesto pilihan raya yang masih tertunggak.

“Malaysia mungkin tidak dapat mencapai Wawasan 2020.

“Tetapi ianya akan menjadi tahun penentuan kepada kerajaan PH di Putrajaya untuk menyusun semula polisi pembangunan negara demi Malaysia!” katanya.

Pada Ogos lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sekolah vernakular diberi pilihan untuk mengajar tulisan jawi kepada pelajar mereka sebagai sebahagian langkah kerajaan memperkenalkan tulisan jawi di peringkat sekolah rendah bermula esok.

Susulan itu, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) merancang penganjuran sebuah kongres bagi membantah pelaksanaan itu pada 28 Disember lalu.

Namun, rancangan itu terhalang setelah polis mendapat perintah larangan daripada mahkamah terhadap persidangan pertubuhan-pertubuhan Cina yang dijadualkan berlangsung pada tarikh berkenaan.

PH menang mengejut terhadap BN pada PRU14, namun kemenangan itu diselubungi kekecewaan rakyat terhadap kegagalan kerajaan pakatan itu menunaikan janji reformasi pentadbiran kerajaan di samping masalah dalaman berterusan dalam kalangan parti-parti dalam kerajaan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here