Rakyat Sedang Dilagakan Dengan Sultan Dan Kerabat Diraja

Pihak kami menerima beberapa laporan dari sahabat peninjau di laman sosial Facebook berkenaan dengan agenda halus yang sedang rancak berjalan dan didalangi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Agenda halus itu adalah satu percubaan untuk melaga-lagakan antara rakyat dalam negara Malaysia dengan Raja-Raja serta Sultan-Sultan yang sedang bertakhta serta kerabatnya di Malaysia.

Agenda yang sedang berjalan ini cukup tidak sihat untuk masyarakat Melayu yang mana segelintir daripada mereka nampaknya menyokong tindak tanduk dan ada juga segelintir daripada mereka menyumpah saranah dengan pelbagai kata kesat kepada Raja dan Sultan mereka sendiri.

Rakyat Sedang Dilagakan Dengan Sultan Dan Kerabat

Semakin hilang rasa hormat orang Melayu kepada rajanya. Adab orang Melayu semakin menghilang dengan ketua agama mereka. Kebanyakan mereka ini adalah pentabsub politik yang sanggup menggadaikan penghormatan sendiri demi kepentingan peribadi.

Kononnya sejarah telah diputar belit dan lebih percayakan cerita-cerita lisan daripada rekod bertulis dan berfakta. Inilah masalah utama rakyat di Malaysia, hanya mahu disuap kenyang meratib bual kosong demi puaskan hati.

Sedar tidak sedar, orang Melayu telah termakan dengan agenda halus pihak tidak bertanggungjawab yang ingin lagakan antara rakyat dengan sultan. Antara contoh seorang pemimpin negara yang mengeluarkan kenyataan yang merendahkan martabat anak raja.

Rakyat Sedang Dilagakan Dengan Sultan Dan Kerabat

Tidak dilupakan juga dengan kewujudan page Facebook yang menyiarkan gambar tidak senonoh Sultan-Sultan Melayu yang telah disunting oleh pihak yang tidak diketahui sehingga ke hari ini.

Rakyat perlu harus cepat sedar terutamanya orang-orang Melayu sebelum berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. Jika ternampak sesuatu yang boleh mencetus api antara rakyat dengan sultan, abaikan sahaja biar ia berlalu pergi tanpa melayan.

Biar mereka yang cuba jalankan agenda ini terasa bodoh dengan melakukan sesuatu yang sia-sia. Kita semua perlu tahu, rakyat sayangkan Sultan dan Sultan pula cintakan rakyatnya. Daulat Tuanku.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here