‘Polis Perlu Beri Penjelasan Kepada Kerajaan Mengenai Penahanan Kes LTTE’ – Lim Kit Siang

Lim Kit Siang dengan tegas menuntut agar dua Adun DAP, P Gunasekaran dan G Saminathan yang ditahan berkaitan siasatan hubungan mereka dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia dilepaskan.

Gunasekaran dan Saminathan adalah antara tujuh yang dtahan menurut undang-undang keselamatan yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari.

Veteran DAP itu berkata kedua-dua mereka yang ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma), mesti dibebaskan segera atau didakwa di mahkamah untuk memberi mereka peluang membela diri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim mahu pihak polis dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri.

“Dan ini khususnya mengenai penahanan semasa serta bagaimana pihak polis mematuhi komitmen PH untuk tidak menyalahgunakan kuasanya di bawah langkah-langkah keras mengikut undang-undang menindas sehingga ini dimansuhkan,” katanya.

“Polis perlu hadir di hadapan jawatankuasa ini untuk menjelaskan, secara amnya, bagaimana pihak polis menjalankan tugasnya di bawah kerajaan Pakatan Harapan dengan komitmen pentadbiran PH bahawa ini mesti dijalankan dengan bertanggungjawab dan telus.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Mohd Khairuddin Aman Razali mengalu-alukan tindakan keras polis dan menggesa polis supaya turut menangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Rasamamy.

Kelmarin, tujuh individu termasuk dua Adun DAP itu ditahan dalam operasi polis Bukit Aman disyaki terlibat dalam mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan menyalurkan dana melibatkan LTTE.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here