PM Sahkan MB Johor Telah Letak Jawatan Semalam

Hari ini bertarikh 9 April 2019, Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan tentang perletakan jawatan Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor dalam sidang media di Parlimen.

Perletakan jawatan Menteri Besar Johor iaitu Osman Sapian ini dikatakan berkuatkuasa semalam bertarikh 8 April 2019 setelah Osman Sapian menyerahkan surat peletakan jawatannya.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyatakan sebab-sebab dan alasan perletakan jawatan Osman Sapian sebagai menteri besar Johor selepas pengumuman dibuat dan alasan tersebut akan diumumkan kemudian..

Buat sementara waktu, negeri Johor tidak ada Menteri Besar dan mungkin akan ada pemangku dalam masa yang terdekat. Perdana Menteri juga berkata kerajaan mempunyai 3 hingga 4 calon untuk mengisi jawatan menteri besar.

Khabar angin tentang Osman Sapian sebelum ini yang dinafikan oleh Pakatan Harapan nampaknya ternyata benar berkenaan dengan perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar negeri Johor.

PM Sahkan MB Johor Telah Letak Jawatan Semalam

Ada teori yang menyatakan ia berkait dengan prestasi Menteri Besar negeri Johor yang amat hambar dalam sejarah Negeri Johor dan prestasi Osman Sapian juga dikatakan tidak disenangi pihak Istana Johor.

Dalam tempoh 10 bulan mentadbir Johor, Osman Sapian juga berdepan dengan pelbagai kontroversi termasuk pengakuannya memiliki kelayakan akademik yang sudah dikenalpasti nyata palsu.

Beliau juga dilihat gagal dalam menangani isu pencemaran Sungai Kim-Kim dan kemarahan rakyat semakin memuncak apabila beliau bercuti ke Batam ketika isu berkenaan sedang meledak.

PM Sahkan MB Johor Telah Letak Jawatan Semalam

Tambahan lagi dengan isu memasuki kawasan perairan Singapura yang turut menghantui kerjaya politiknya sehingga didakwa menjadi antara punca terjejasnya hubungan antara dua negara.

Johor berhak untuk ditadbir oleh seorang yang lebih baik daripada Osman Sapian. Good bye bro! Sama-sama kita nantikan, siapakah Menteri Besar Johor yang baru dan harapnya ada sijil yang asli.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here