PKR Minta Polis Kemukakan Senarai Organisasi Pengganas

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata parti itu secara konsisten menolak sebarang bentuk keganasan yang boleh memberi ancaman kepada negara.

“PKR turut memohon agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan senarai terkini organisasi atau fahaman yang ditakrif sebagai teroris, agar orang ramai tahu, sedar serta mengelak dari terlibat dalam sebarang bentuk dengan organisasi-organisasi atau fahaman-fahaman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

PKR meminta pihak polis supaya megeluarkan senarai terkini organisasi ataupun fahaman yang dikaitkan dengan teroris bagi rujukan dan pemahaman kepada orang awam.

Ketua Penolong Pengarah E8, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mereka memiliki barangan yang berkaitan LTTE, serta menolong membiayai kegiatan kumpulan terbabit.

Pada 30 Okt lalu, pendakwaan dilakukan terhadap suspek yang dikaitkan dengan LTTE termasuk dua wakil rakyat DAP.

Sementara itu, Fahmi berkata Biro Politik Keadilan yang bermesyuarat malam tadi tidak bersetuju dengan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 ataupun Sosma.

Katanya, PKR berpendapat beberapa peruntukan dalam Sosma perlu dipinda.

“Pada masa yang sama, PKR tidak bersetuju dengan peruntukan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara, dan tidak bersetuju dengan penggunaan undang-undang drakonian termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Sosma.

“PKR berpendirian bahawa beberapa peruntukan dalam Sosma perlu dipinda untuk menyelaraskan undang-undang tersebut dengan prinsip hak asasi manusia sejagat yang diperjuang PKR selama ini,” katanya lagi.

Kenyataan itu dibuat susulan tindakan penahanan individu dikaitkan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Sejak 10 Okt lalu, polis mencekup 12 individu, termasuk dua Adun DAP, dalam operasi ke atas pihak yang disyaki terbabit dengan LTTE.

Menurut Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman suspek-suspek terbabit ditahan kerana disyaki mempromosi dan menghasut agar orang awam supaya menyokong kumpulan LTTE yang disenaraikan sebagai pengganas.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here