Piagam Kerjasama UMNO dan Pas Bakal Dibentuk

Piagam Kerjasama Umno dan Pas akan diperkukuhkan dengan bentuk yang lebih rasmi apabila selepas kedua-dua parti ini bersama-sama menterai satu piagam kerjasama tidak lama lagi.

Hal tersebut telah didedahkan oleh Annuar Musa selaku Setiausaha Agung Umno yang menjangkakan piagam tersebut akan terlaksana selepas hari raya Aidil Fitri 2019 nanti.

Tambah Annuar Musa lagi, pembentukan piagam tersebut kini berada dalam penelitian akhir oleh jawatankuasa tertinggi kedua-dua parti.

“Selepas hari raya ini dijangkakan Umno dan PAS akan mementerai piagam bersama yang sekarang ini sedang dalam penelitian akhir jawatankuasa tertinggi Umno dan PAS”, Annuar Musa.

Tambah Annuar Musa lagi, “Sekarang taawun, kita kena secara berperingkat-peringkat. Mula-mula kerjasama tak bertulis, kemudian datang tiga empat pilihan raya kita nampak (kerjasama) berjalan dengan baik”.

Sekarang ini, pimpinan kedua-dua parti ini iaitu Umno dan Pas merasakan bahawa sebaiknya kerjasama antara dua parti ini dijalankan secara lebih rasmi untuk kebaikan bersama.

Kedua-dua parti telah pun diminta tubuhkan jawatankuasa induk untuk bekerjasama dan membentuk jawatankuasa teknikal yang diurus setia oleh Annuar Musa dan setiausaha agung PAS telah buat pengesyoran draf satu bentuk piagam bersama.

Annuar Musa buat kenyataan berikut sewaktu ketika menghadiri program Pemuda dan Puteri Cakna Asnaf dalam peringkat parlimen Ketereh di Kota Bharu pada tarikh 23 Mei 2019.

Presiden Pas iaitu Abdul Hadi Awang sebelum ini turut memberi gambaran bahawa kedua-dua parti itu kemungkinan akan bergabung untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Piagam Kerjasama UMNO dan Pas Bakal Dibentuk

Sementara itu Annuar Musa yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, draf piagam bersama itu kini sudah dikemukakan kepada pimpinan tertinggi parti masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

“Dengan adanya kerangka taawun secara bertulis ini ia (kerjasama) akan jadi lebih teratur, bukan hanya di peringkat nasional tetapi juga di peringkat negeri dan bahagian.

Dalam dokumen itu, yang agak panjang bersama satu piagam. Ini untuk memberi gambaran bahawa Umno dan PAS serius. Tetapi itu hanya permulaan iaitu bermula dengan Umno dan PAS (bekerjasama) untuk mengembalikan solidariti politik orang Melayu dan Islam.

Tetapi ia tidak boleh terhenti di situ kerana politik kita adalah politik majmuk, ini satu muafakat nasional besar yang diperlukan, cuma dimulakan oleh Umno dan PAS”, Annuar Musa.

Tambah beliau, pada peringkat seterusnya kerjasama sama dengan pihak-pihak lain juga akan diperkukuhkan masa ada melibatkan parti boleh atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Kita mahu membentuk satu kerangka yang besar yang benar-benar boleh menyelamatkan negara, ini penting kerana kegagalan PH tidak boleh dibiarkan rakyat yang menanggung, jadi kita kena ambil tanggungjawab”, Annuar Musa.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here