Pengguna Twitter Sekolahkan Menteri Secara Berjemaah

Berikutan dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Bank Rakyat di laman miro blog Twitter rasmi mereka pada tarikh 12 April 2019 telah menarik perhatian Menteri Wilayah Persekutuan.

Menurut Bank Rakyat dalam status mereka, Bank Rakyat telah mengumumkan berkenaan dengan pembayaran dividen sebanyak 13% kepada anggota bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Maka dengan gembiranya, Khalid Abdul Samad selaku Menteri Wilayah Persekutuan telah muat naik status di Twitter beliau pada tarikh 13 April 2019 untuk membuktikan sesuatu yang menyebabkan pengguna Twitter berang.

“Bukti bahawa kalau geng perompak bosshang tak campur, prestasi boleh cemerlang. Ini tidak…pantang jumpa tabung yang boleh diseluknya. Rasanya bosskur tahu tak? Dividen Bank Rakyat 13%! Tahniah Bank Rakyat. Bina pagar, jangan benarkan geng bosshang dan seumpamanya masuk kacau!”, Khalid Abdul Samad.


Ayat pengguna Twitter kebanyakannya kurang cerdik yang selalu digunakan pengguna tegar Facebook untuk menyindir pengguna Twitter dapat disangkal dengan melihat kepada maklum balas pengguna Twitter di status Khalid Abdul Samad.

Pengguna Twitter Sekolahkan Menteri Secara Berjemaah Pengguna Twitter Sekolahkan Menteri Secara Berjemaah Pengguna Twitter Sekolahkan Menteri Secara Berjemaah

Rata-rata pengguna Twitter telah menyekolahkan Menteri Wilayah Persekutuan dan ada yang menggunakan bahasa kesat yang tidak sesuai untuk dituliskan disini bagi melepaskan geram yang terpendam.

Pengguna Twitter Sekolahkan Menteri Secara Berjemaah Pengguna Twitter Sekolahkan Menteri Secara Berjemaah

Apa yang membuatkan pengguna di Twitter berang dengan status yang telah dimuat naik oleh Menteri Wilayah Persekutuan ini adalah kerana peratusan yang diumumkan itu sebenarnya antara yang paling rendah dari yang sebelumnya.

Pengguna Twitter Sekolahkan Menteri Secara Berjemaah Pengguna Twitter Sekolahkan Menteri Secara Berjemaah

Ternyata Menteri Wilayah Persekutuan tidak meneliti dan buat ulangkaji berkenaan dengan hal tersebut sebelum muat naik status yang telah terpaling semula kepada diri beliau sendiri.

Pengguna Twitter Sekolahkan Menteri Secara Berjemaah

Harapnya Menteri Wilayah Persekutuan sila ambil perhatian sebelum muat naik status yang seperti ini untuk masa akan datang. Berhentilah menyalahkan kerajaan lalu kerana rakyat nampak menteri macam kurang cerdik kerana status-status yang macam ni.

Pengguna Twitter Sekolahkan Menteri Secara Berjemaah

Dan inilah tindak balas (response) Menteri Wilayah Persekutuan kepada mereka yang mengecam dan menyekolahkan beliau di Twitter yang mewakili dan menyuarakan suara rakyat Malaysia.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here