Pendedahan Kontraktor Bumiputera Semakin Terancam Oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa

Isu yang berbangkit di Parlimen pada hari Selasa bertarikh 2 April 2019 yang telah menyebabkan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary dihalau keluar dari Sidang Dewan Rakyat.

Sehubungan dengan hal tersebut, Ahmad Marzuk Shaary diarah untuk menarik balik perkataan pondan selepas Fahmi Fadzil selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai membangkitkan Peraturan Mesyuarat Perkara 36 (4) iaitu mengeluarkan perkataan tidak sopan kepada Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan.

Ahmad Marzuk Shaary hanya setuju untuk menarik balik sekiranya Lim Guan Eng membenarkannya untuk membacakan bukti isu berkaitan tender terbuka yang didakwa menghapuskan keistimewaan kontraktor Bumiputera selepas dicabar berbuat demikian.

Malangnya Lim Guan Eng tidak memberi laluan dan peluang semasa dalam persidangan dan sebaliknya beliau meminta Ahmad Marzuk Shaary boleh menyerahkan terus kepadanya bukti berkenaan.

Ahmad Marzuk Shaary kemudian diarah keluar dari dewan selepas beliau enggan untuk menarik balik balik perkataan pondan walaupun sudah tiga kali diarahkan berbuat demikian oleh oleh Timbalan Yang di-Pertua Datuk Rashid Hasnon.

Oleh yang demikian, Ahmad Marzuk Shaary selaku Ahli Parlimen Pengkalan Chepa telah mengambil inisiatif dengan mengeluarkan video berdurasi lebih 7 minit untuk memberi pendedahan berkenaan dengan hal tersebut.

Anda boleh tonton video yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa ini dan nilaikan sendiri apa yang sedang berlaku dan apakah nasib kontraktor bumiputera benar-benar terancam?

Persoalan ini sukar untuk dijawab sekiranya Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan tidak buat kenyataan terbuka untuk menepis dakwaan berani yang telah dibuat oleh Ahmad Marzuk Shaary berserta dengan bukti kukuh.

Ahmad Marzuk Shaary juga menegaskan dalam video ini bahawa beliau punyai bukti kukuh dan beserta dengan fakta-fakta jelas serta beliau turut punyai sokongan daripada persatuan-persatuan kontraktor dalam isu ini.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here