‘PAS Seperti Terpijak Najis’ – Exco DAP

Menurut Sheikh Umar, dengan perkembangan yang berlaku di Tanjung Puteri, PAS melatah sendiri dan seolah-olah ‘terpijak najis’.

PAS selalu mendakwa mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang serta pertubuhan bukan kerajaan tertentu untuk mengukuhkan kuasa politik Melayu.

Tindakan PAS memberi pelbagai alasan untuk mengabsahkan sokongan mereka kepada calon MCA menunjukkan parti itu terperangkap dalam politik perkauman yang dimainkan mereka sendiri, kata beliau yang merupakan exco Johor.

Sheikh Umar Ali juga berkata, amalan politik perkauman itu dicanang oleh PAS sendiri sebelum ini untuk membantu mereka menyerang PH.

Pemimpin tertinggi PAS juga menggesa orang Islam memberikan sokongan kepada calon Umno semasa PRK Cameron Highlands berdasarkan kepada faktor agama berbanding calon bukan Islam mewakili PH.

PAS juga baru-baru ini menandatangani piagam bagi memeterai kerjasama rasmi dengan Umno melalui Muafakat Nasional.

Tiada strategi kukuh

Bagaimanapun PAS dilihat terperangkap apabila BN mengumumkan pemimpin MCA – sebuah parti Cina – untuk mewakili pembangkang di Tanjung Piai.

Beberapa maklumat dan tangkap layar mengenai sikap penentangan Wee Jeck Seng – yang menjadi calon mereka – terhadap usaha PAS memperkenalkan undang-undang hudud kemudian tersebar sejak beberapa hari lalu.

Untuk rekod, PH meletakkan Ketua Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini, sebagai calon bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka pada tahun lalu.

Sheikh Umar berkata, tindakan pembangkang mengupas isu calon hanya dari konteks Melayu dan Cina menunjukkan mereka tiada strategi kukuh atau tawaran ampuh bagi mendepani PH.

Pada masa sama, Sheikh Umar yang juga exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor menjelaskan, PH tidak akan mengikut rentak pembangkang dengan memainkan isu kaum semasa berkempen.

“Wakil PH adalah calon untuk seluruh rakyat Tanjung Piai, tanpa mengira apa juga latar belakang mereka,” katanya.

Semalam Ketua Ulama PAS, Dr Nik Zawawi Salleh, menyatakan larangan mengundi calon bukan Islam seperti yang dinyatakan kepemimpinan parti itu sebelum ini bukan bersifat mutlak.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya, hari ini menggambarkan isu calon bukan Islam di Tanjung Piai seperti “membeli barangan Melayu-Islam yang dijual oleh jurujual Cina”.

Menurut Sheikh Umar, memenangkan calon PH bererti rakyat menyokong usaha mengukuhkan iltizam kerajaan untuk meneruskan agenda pembangunan negara, memulihkan ekonomi dan mengangkat semula maruah Malaysia di mata dunia setelah ia diruntuhkan oleh kepimpinan kleptokrat BN.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here