PAS Perlekeh Inggeris Mat Sabu Kerana Iri Hati, Raja Bahrin

Senator Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad telah menyarankan ahli PAS supaya memberi akhlak dan contoh yang lebih baik selepas seorang perwakilan parti PAS sewaktu dalam mukmatar telah memperlekehkan penguasaan bahasa Inggeris Presiden Amanah iaitu Mohamad Sabu.

“Pada muktamar PAS baru-baru ini sekali lagi acara memperlekehkan orang dari parti lain berlaku lagi. Seorang wakil dari PAS negeri Selangor telah menyindir penyampaian Mohmad Sabu bertutur bahasa Inggeris di satu mesyuarat di Singapura baru-baru ini”, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

“Sikap menganggap diri dan partinya serba sempurna adalah budaya sebahagian ahli jawatankuasa tertentu PAS sekarang ini walaupun Islam meminta umat Islam merendahkan diri serta senantiasa muhasabah diri atas kekurangan kita di mata Allah”, kata Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Lawan presiden Amanah itu membidas ucapan Mohamad pada Dialog Shangri-la – sidang kemuncak keselamatan IISS Asia ke 18 sewaktu di Singapura pada tarikh 1 Jun 2019 yang lalu.

Isu ini telah dibangkitkan oleh perwakilan PAS Selangor bernama Roslan Shahir Mohd Shahir yang memaklumkan muktamar PAS Sabtu lalu bahawa dia boleh berbahasa Inggeris jauh lebih baik daripada Mat Sabu.

Tambah Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad lagi, PAS sendiri pernah memilih Mat Sabu sebagai timbalan presiden mereka suatu ketika lalu tetapi hari ini memilih untuk memperlekehkannya.

“Lupakah mereka orang yang mereka sindir ini pernah dipilih oleh ahli parti PAS sendiri sebagai timbalan presiden PAS semasa zaman Almarhum Nik Abdul Aziz (Nik Mat) menjadi mursyidul am PAS dan beliau hari ini adalah menteri pertahanan iaitu seorang menteri kanan”, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

“Lupakah mereka Mat Sabu sangat popular dan sering dijemput oleh ahli PAS sendiri dahulu atas sebab bakat berpidato beliau? Hanya kerana beliau beralih parti tidak membuat beliau kurang berkebolehan dan bijak berfikir serta berhujah”, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

“Dahulu saya sering di minta oleh AJK PAS untuk menjemput Mat Sabu untuk berceramah di Terengganu kerana bakat hujah serta pidato beliau akan memastikan kutipan wang yang banyak di ceramah-ceramah beliau untuk PAS”, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata lagi ahli PAS kini menyindir Mat Sabu hari ini kerana iri hati atas rezeki yang di kurniakan Allah ke atas Mat Sabu.

PAS Perlekeh Inggeris Mat Sabu Kerana Iri Hati, Raja Bahrin

Mat Sabu adalah timbalan presiden PAS sejak dari 2011 hingga 2015. Beliau telah menubuhkan selepas sebahagian besar pemimpin progresif dalam PAS dibersihkan pada pemilihan parti 2015.

Raja Bahrin berkata Mohamad adalah seorang yang berterus terang serta ikhlas dan beliau mengakui dirinya meninggalkan kursus pengajian di MARA tanpa menamatkan pengajian penuh demi mengejar perjuangan sebagai seorang aktivis.

“Adakah semua yang ke Mesir, Jordan dan negara Timur Tengah lain untuk menuntut ilmu bidang syariah, agama dan bahasa Arab tanpa menamatkan pengajian mereka mengisytiharkan status kelulusan akademik sebenar mereka hari ini?”, soal Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

“Ada yang tidak menamatkan pengajian mereka di Timur Tengah tidak mengistiharkan status sebenar tetapi berkhidmat di dalam masyarakat seolah olah mereka mempunyai kelulusan ijazah penuh”, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

“Sebelum menyindir dan cuba merendahkan pihak lain, saya mohon ahli PAS Selangor tersebut mengkaji juga sejarah dan sahabat kenalan sendiri dahulu”, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan ungkapan akhlak mencerminkan hati dan kesucian perjuangan seseorang dan partinya.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here