Parti Negara, Parti Baru Perangi Rasuah

Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai pengerusi kepada sebuah persatuan bernama Hisbah Centre for Reform semalam bertarikh 17 Mei 2019 telah mengumumkan tentang penubuhan sebuah parti baru yang diberi nama sebagai Parti Negara dan tujuan penubuhan parti tersebut adalah bertujuan untuk memerangi rasuah.

Individu yang mengumumkan penubuhan Parti Negara tersebut iaitu Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata bahawa cogan kata Parti Negara adalah Perjuangan Negara Anti Rasuah dan objektif penubuhan Parti Negara adalah untuk menjadikan rasuah sebagai musuh utama negara.

Negara adalah merupakan singakatan kerana Parti Negara. Parti Negara ini berdiri pada satu matlamat yang jitu iaitu menjadikan untuk negara Malaysia sebagai sebuah negara anti rasuah yang bersih dari gejala rasuah dalam segenap lapisan masyarakat.

Parti ini juga adalah sebuah parti yang ahlinya terbuka dan berbilang kaum serta pelbagai agama kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas.

Sehubungan dengan itu, rakyat mula tertanya-tanya dan ragu-ragu tentang fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah diperuntukkan sehinggakan wujudnya penubuhan sebuah parti yang khusus untuk memerangi rasuah. Apakah dan dimanakah peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehinggakan sebuah parti yang khusus untuk memerangi rasuah perlu wujud?

Parti Negara, Perangi Rasuah Di Malaysia

Sekadar maklumat tambahan dan seperti yang disediakan dan tertulis di laman Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, ianya perlu jelas dan diketahui oleh seluruh rakyat dalam negara.

  • Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu.
  • Mengesan dan menyiasat :
    • Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta SPRM 2009.
    • Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
    • Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta 2009.
  • Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah.
  • Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu.
  • Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah.
  • Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah.
  • Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.

Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor telah menghantar permohonan untuk mendaftarkan Parti Negara secara rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada tarikh 17 Mei 2019.

Parti Negara 1954

Sekadar maklumat tambahan, nama Parti Negara ini pernah digunakan dalam tahun 1954. Ianya adalah sebuah parti politik berasaskan orang Melayu yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin-pemimpin Parti Kemerdekaan Malaya pada tahun 1953.

Parti Negara, Perangi Rasuah Di Malaysia

Penubuhan dan pelancaran Parti Negara ini telah dilancarkan secara rasmi dalam bulan Februari 1954 dan pengasas kepada Parti Negara pada waktu itu adalah Dato Onn Jaafar merangkap presiden pertama kepada Parti United Malays National Organisation (UMNO) dan ia berlaku selepas beliau kalah dalam suatu perebutan kuasa dalaman parti.

Perlembangaan dalam Parti Negara tahun 1954 ini adalah pelbagai bangsa, mencari untuk mencipta ruang bagi dirinya sebagai kuasa ketiga dalam tahun lima puluhan dan awal enam puluhan tetapi ianya gagal dan temui jalan buntu.

Tidak seperti UMNO, Parti Negara tidak dapat menerima sokongan signifikan daripada majoriti masyarakat orang Melayu dan telah diperlekehkan oleh Perikatan yang diteraju UMNO atas tuduhan cauvinisme.

Satu-satunya kerusi Parlimen Malaysia yang Parti Negara pernah menang adalah dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 di Terengganu oleh Dato Onn Jaafar sendiri, lantas dengan kematian Dato Onn Jaafar pada tahun 1962, Parti Negara turut mati secara politiknya.

Kerusi parlimen yang dimenangi oleh Dato Onn Jaafar kemudian telah dimenangi semula oleh Parti Perikatan dalam pilihan raya kecil yang telah diadakan kemudian.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here