PAC Siasat Sumber Dana Projek Kereta Terbang

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dikatakan telah memulakan siasatan terhadap projek kereta terbang yang telah tular sewaktu prototaip di LIMA dalam bulan Mac 2019 telah dikeluarkan.

Siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah untuk menyiasat sama ada projek kereta terbang itu menggunakan dana kerajaan, dana awam ataupun dari sumber lain.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bernama Wong Kah Woh, siasatan tetap dijalankan walaupun Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof yang mencadangkan projek itu sebelum ini pernah berkata bahawa ia adalah sebuah projek yang tidak dibiayai oleh dana kerajaan.

PAC Siasat Sumber Dana Projek Kereta Terbang

Dalam bulan Februari 2019 yang lalu, Menteri Pembangunan Usahawan iaitu Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pernah berkata bahawa prototaip kereta terbang sudah ada dan dijangka diperkenalkan kepada awam tahun ini.

Tambah Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof lagi dalam kenyataannya yang lalu, sumber kewangan kos untuk membina prototaip kereta terbang tersebut dianggarkan melebihi RM1 juta.

PAC Siasat Sumber Dana Projek Kereta Terbang

Sejak model prototaip berskala kecil diperkenalkan sewaktu LIMA berlangsung di Langkawi, projek kereta terbang itu mengundang kritikan orang ramai termasuk di media sosial.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here