NUTP Selar Cubaan Sebar Komik Menanam Kebencian

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berkata, siasatan segera berhubung perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan ia terus menjadi polemik.

“NUTP menyelar tindakan pihak-pihak yang sengaja cuba menyebar komik tersebut. Kami anggap sebarang cubaan menggugat keharmonian dan mengubah sejarah sebagai pengkhianatan kepada negara.

“Pihak NUTP juga amat yakin bahawa cubaan pengedaran komik tersebut ke sekolah-sekolah adalah di luar pengetahuan pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).

Komik berkenaan diterbitkan pada April 2019 atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan, Ching Po Ling.

Komik itu diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu, Melayu, Cina dan Bahasa Inggeris.

Ini selepas cubaan pihak yang ingin menyebar komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ ke sekolah yang disifatkan merupakan satu tindakan mahu menanam doktrin yang mampu menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Bagaimanapun, kita berharap agar siasatan segera dilakukan bagi mengelakkan perkara ini menjadi polemik yang akhirnya mampu menggugat keharmonian rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi diminta mengulas isu cubaan pengedaran komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ di beberapa sekolah di Pulau Pinang yang didakwa berunsur provokatif.

Aminuddin berkata, walaupun kerjasama pihak sekolah dengan agensi-agensi luar khusus dalam menerima sumbangan adalah penting dalam memajukan sekolah namun pengetua dan guru besar sekolah juga perlu peka dengan peraturan sedia ada pihak KPM dan kerajaan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here