‘Nak Protes Sila Ke Tempat Lain’ – Tun M Bidas Pelajar Tidak Menghormati Konvokesyen

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, graduan universiti perlu menghormati majlis konvokesyen kerana ia mempunyai protokol, prosedur dan peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi serta dihormati.

Graduan boleh menyuarakan sebarang pandangan peribadi, protes dan bantahan mereka di pentas yang lain, bukan di majlis konvokesyen.

Menurutnya, jika perkara itu tidak dipatuhi, ia akan bertukar menjadi kekecohan.

“Mereka boleh berdemonstrasi tetapi di tempat lain dan bukannya mengganggu kelancaran majlis semata-mata mahu menunjukkan pandangan-pandangan tertentu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pembasmian Kemiskinan untuk Pembangunan Inklusif dan Sejahtera di Malaysia di Mercu UEM hari ini.

“Apa yang akan berlaku jika majlis tersebut dipenuhi oleh individu-individu sebegini yang menunjukkan protes mereka?

Dr Mahathir berkata demikian mengulas tindakan seorang graduan melakukan protes sambil mengangkat plakad di atas pentas sewaktu Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-59 Isnin lalu.

Pelajar terbabit yang dikenali sebagai Wong Yan Ke melaung ‘ini tanah Malaysia’ sambil mengangkat plakad yang tertera perkataan ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ sebaik menerima skrol ijazahnya.

Berdasarkan plakad tersebut, Yan Ke mendesak Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk meletak jawatan kerana didakwa gagal melindungi hak pelajar dan menyelesaikan krisis kewangan universiti itu.

Susulan itu, Pejabat Komunikasi Korporat UM menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan malah satu laporan polis juga telah dibuat oleh pegawai keselamatan UM.

Perdana Menteri ketika ditanya mengenai laporan polis itu berkata, setiap universiti mempunyai peraturan sendiri dan kerajaan tidak mahu masuk campur terlalu banyak dalam urusan pentadbiran universiti.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here