Najib Razak Sindir Guan Eng Konon Jimat RM3.5 Bilion Sebab Tak Rasuah

Sewaktu Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng membentangkan tentang Bajet 2019 pada November 2018 yang lalu, ramai yang telah mengkritik kerajaan kerana mengurangkan peruntukan bantuan untuk golongan seperti nelayan dan belia.

Walaupun begitu, beberapa bantuan terbabit diperkenalkan semula dengan nama lain dan telah dikurangkan jumlahnya daripada jumlah bantuan yang asal sebagai contoh Bantaun sara Hidup Rakyat (BSH) daripada BR1M yang dijenamakan semula.

Lim Guan Eng berkata, langkah tersebut bukan kerana kerajaan membuat pusingan U, tetapi ianya dibuat berdasarkan kemampuan tahap ekonomi kerajaan pada waktu itu.

Dalam ucapan Belanjawan 2019 beliau sebelum ini, Lim Guan Eng ada menyebut tentang jika ekonomi negara ada kemampuan dan sumber, maka agihan bantuan kepada rakyat akan diadakan.

Apabila ditanya wartawan tentang jumlah yang perlu dibelanjakan selepas pembentangan Bajet 2019, Lim Guan Eng berkata kerajaan berjaya menjimatkan sejumlah RM3.5 bilion hanya dengan tidak melakukan rasuah.

Lantaran dengan itu, Najib Razak telah muat naik ke status Facebook beliau berkenaan dengan mengingatkan kembali apabila Guan Eng telah minta bajet tambahan sebanyak RM19.6 bilion untuk tahun lepas kerana terlebih belanja.

Ianya amat lucu apabila Menteri Kewangan berkata mereka dapat jimatkan RM3.5 Bilion wang negara namun apakah nilai bajet tambahan sebanyak RM19.6 Bilion itu lebih rendah dari RM3.5 Bilion? Rakyat boleh berfikir.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here