MTUC Kesal PM Tolak Cadangan Had Umur Pencen 65 Tahun

Kecewa dengan penolakan perdana menteri melanjutkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta beliau mengusulkan penyelesaian alternatif bagi mengatasi masalah kumpulan pesara.

J Solomon selaku Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr Mahathir Mohamad menolak cadangannya tanpa sebarang kajian dan sebelum mendengar pandangan pekerja.

“Kami menyesal Tun Dr Mahathir memilih untuk menolaknya mentah-mentah tanpa menawarkan sebarang cadangan lain untuk menangani masalah yang berkaitan seperti gaji minimum dan tidak mencukupi, peningkatan kos sara hidup dan simpanan KWSP yang rendah”, J Solomon.

Beliau berkata lagi, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak setuju dengan penjelasan Tun Dr Mahathir bahawa sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan, ia akan menyekat peluang pekerjaan generasi muda daripada mendapat kerja dan akan menyebabkan limpahan tenaga kerja.

“Pemikiran ini mengelirukan logik kerana ramai pekerja yang lebih tua mempunyai pengalaman hebat dan bekerja keras walaupun mereka sudah tua. Sudah tentu ada yang malas tapi yang malas turut berada di kalangan generasi muda. Kemalasan adalah satu sikap dan melangkaui (faktor) umur”, tambah beliau lagi.

MTUC Kesal PM Tolak Cadangan Had Umur Pencen 65 Tahun

J Solomon turut menolak kenyataan Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa melanjutkan had usia bersara kepada 65 tahun akan menyekat peluang pekerjaan generasi muda.

Katanya, kenyataan Syed Saddiq tidak masuk akal kerana kebanyakan rakyat Malaysia tidak berkerja kerana gaji rendah ditawarkan sektor swasta dan bukannya kerana peluang pekerjaan sedikit.

“Ini menyebabkan banyak golongan muda merebut peluang pekerjaan di luar negara kerana gaji yang lebih baik yang sepadan dengan kelayakan mereka”, katanya.

Solomon berkata lagi, masalah pengangguran generasi muda tiada kaitan dengan saranan untuk melanjutkan had umur persaraan.

“Beliau nak jadi juara di kalangan pemuda. Tetapi jangan lakukan dengan mengorbankan pekerja dalam kumpulan B40 dan M40 yang bergelut setiap hari dengan masalah gaji yang rendah, kos sara hidup yang tinggi dan penjimatan yang tidak mencukupi dalam KWSP”, katanya.

Solomon berkata majikan di sektor swasta tidak mengisi kekosongan jawatan dikongkan oleh pekerja yang bersara untuk menjimatkan kos operasi dan mengurangkan tenaga kerja.

“Tiada majikan sektor swasta memberi jaminan bahawa kekosongan jawatan selepas yang bersara akan digantikan. Sebaliknya, mereka mencari jalan supaya jawatan tersebut tidak diisi atau menawarkan kepada pekerja asing dengan gaji rendah atau tidak mengena dengan jawatan tersebut”, katanya.

“Walaupun ramai pekerja di sektor swasta terdiri daripada golongan belia, Syed Saddiq mengambil pendirian berdiam diri ketika MTUC menggesa kerajaan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,800 sebulan”, kata beliau.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here