Maszlee Malik Letak Jawatan Menteri Pendidikan

MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik sah meletakkan jawatannya dalam kabinet hari ini.

Dalam sidang media sebentar tadi, beliau menyatakan sumbangan dan inisiatif yang beliau laksanakan sepanjang memegang jawatan Menteri Pendidikan.

Menurut sumber sebelum ini, Dr Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tengah hari tadi.

“Beliau (Dr Maszlee) menyerahkan surat peletakan jawatan hari ini dan PM menerimanya.

“Beliau kini sedang bermesyuarat dengan kakitangan dan akan mengumumkan keputusannya pada satu sidang media petang ini,” kata pegawai rasmi kepada Malay Mail yang enggan namanya didedahkan.

Satu sidang media khas diadakan di Kementerian Pendidikan, Putrajaya 4.30 petang ini.

Dr Maszlee yang juga bekas pensyarah dilantik Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018 selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir melantiknya untuk memegang portfolio itu.

Beliau adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here