‘Mansuhkan Sekolah Vernakular Merupakan Perkara Rasis Dan Tidak Logik’ – Aziz Bari

Kewujudan sekolah vernakular di negara ini tidak menghalang kepada penyatuan nasional, sebaliknya ia dapat meningkatkan nilai tambah dalam kalangan generasi muda.

Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Perak yang juga Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebagai contoh merupakan platform terbaik untuk melengkapkan pelajar dengan bahasa ketiga termasuk bahasa Mandarin yang semakin penting ketika ini.

“Bahasa Mandarin sekarang menjadi bahasa dunia. Salah satu bahasa dalam PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) ialah bahasa Mandarin.

“Jadi, kalau kita mansuhkan sekolah-sekolah seperti itu, bukan saja satu perkara rasis, tapi tidak logik dan merugikan daripada segi ekonomi serta kemampuan generasi muda, khususnya generasi Melayu itu sendiri,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan wakil Dewan Muslimat PAS, Salamiah Md Nor yang mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini kerana katanya dasar terbabit tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.

– BERNAMA

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

1 COMMENT

  1. Mana ada asing selain Malaysia mengamalkan dwi system pendidikan?. Yang paling hampir dia Singapura pun yang sekarang kaum cina dah jadi majoriti tidak menjalankan system pendidikan seperti Malaysia???. Di Indonesia ramai juga kaum cina tak ada sekolah cina disana! Di negara China ada sekolah melayu?. Di universiti memang ada bahasa melayu sebagai pilihan! Sekolah aliran Melayu tak di mana mana tempat lain!., Kalau cina beria ia hendak belajar aliran Cina, mereka pulang saja ke negara China tempat asal usul mereka!. Buat apa heboh heboh di disini?.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here