Lokman Noor Adam Ditahan Kerana Maki Polis

Pihak Polis Diraja Malaysia telah menahan seorang anggota Majlis Tertinggi Umno iaitu Lokman Noor Adam selepas beberapa jam memberi keterangan berhubung dengan klip video seks sejenis yang dikatakan membabitkan seorang Menteri Kabinet.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor iaitu Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata Lokman Noor Adam telah ditahan di Kajang dalam rumahnya kira-kira tepat jam 6.45 betarikh 13 Jun 2019.

Tambah beliau, Lokman Noor Adam akan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas-tugas penjawat awam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam.

“Semasa siasatan dijalankan pihak polis telah mengarahkan Dato Lokman untuk menyerahkan telefon bimbit untuk diperiksa namun beliau enggan memberikan kerjasama dan telah menjerit memaki hamun pegawai polis yang sedang menjalankan tugasnya”, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Dalam pada itu, tbekas anggota parlimen Padang Serai bernama N Gobalakrishnan yang kini merupakan ahli MIC jgua turut ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.

Lokman Noor Adam Ditahan Kerana Maki Polis

“Saya buat laporan polis ke atas orang yang menyebarkan video lucah dan melakukan aksi video lucah. Hari ni saya bagi keterangan kepada pegawai Jabatan Jenayah Terkhas Bukit Aman, mereka nak rampas kedua-dua telefon bimbit saya dan geledah rumah saya. Betul-betul law of the jungle (undang-undang rimba)”, Lokman Noor Adam.

Lokman Noor Adam adalah antara pemimpin yang terawal telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan video skandal seks sejenis yang jijik itu dan beliau antara yang terawal telah buat laporan polis.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here