KJ Tolak Tawaran Syed Saddiq Sertai BERSATU

Ahli parlimen Rembau iaitu Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan parti UMNO selepas menerima pelawaan menteri Pakatan Harapan untuk menyertai BERSATU.

“Saya agak gembira dengan kedudukan sekarang, terima kasih”, itulah jawapan ringkas Khairy Jamaluddin yang merupakan bekas ketua Pemuda UMNO selepas ditemui pemberita di Parlimen bertarikh 8 Julai 2019.

Apabila diajukan soalan adakah ini bermakna beliau menolak tawaran itu, Khairy Jamaluddin hanya mengulangi jawapannya yang sama, “Saya agak gembira dengan kedudukan sekarang, terima kasih”.

Ketua Pemuda BERSATU (ARMADA) iaitu Syed Saddiq yang menggantikan jawatan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan sebelum ini telah mengajak Khairy Jamaluddin menerusi Twitter untuk menyertai BERSATU.


Kenyataan Syed Saddiq menerusi twitter beliau adalah untuk memperkukuh kedudukan parti yang berhaluan sederhana buat masyarakat Melayu yang mana dalam erti lain mengukuhkan kedudukan parti BERSATU.

KJ Tolak Tawaran Syed Saddiq Sertai BERSATU

Kenyataan Syed Saddiq itu dibuat selepas Khairy berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempunyai asas apabila mempelawa semua parti Melayu untuk menyertai BERSATU.

Katanya, walaupun beliau “mungkin tidak bersetuju dengan Dr Mahathir mengenai banyak perkara” tetapi adalah “angkuh” untuk menolak apa yang diperkatakan oleh pengerusi BERSATU itu.

KJ Tolak Tawaran Syed Saddiq Sertai BERSATU

Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu telah mempelawa semua parti Melayu termasuk UMNO untuk menyertai BERSATU dalam usaha menyatukan orang Melayu dan memastikan mereka memenangi pilihan raya umum.

Ini kerana katanya, orang Melayu terlalu berpecah belah dengan kewujudan banyak parti Melayu. Bagaimanapun, pandangan tersebut telah ditolak oleh beberapa pemimpin politik termasuk Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya Mohamad Hasan dan AJK PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here