Kemenangan Streram Yang Tertangguh Buat Kali Ke 2

Seorang pakar bius iaitu calon pilihan Pakatan Harapan sebagai wakil rakyat di Dun Rantau, Dr Streram Sinnasamy tidak menyangka dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau pada tarikh 13 April 2019.

Bapa kepada dua orang anak bulu-bulu yang bernama Shati dan Krisna ini telah mengakui bahawa lawannya iaitu Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan bukan mudah untuk ditewaskan.

“Saya memang tidak sangka tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti undi yang besar, sedangkan bacaan kita ketika kempen menunjukkan sokongan pengundi terutama kaum India dan Cina meningkat”, Dr Streram Sinnasamy.

Tambah beliau lagi, kalah dan menang adalah adat dalam pertandingan walaupun Dr Streram Sinnasamy rasa amat sedih kerana kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau pada tarikh 13 April 2019 yang lalu.

Kemenangan Streram Yang Tertangguh Buat Kali Ke 2

Dr Streram Sinnasamy yang juga selaku Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Rembau itu telah memperoleh 5,887 undi berbanding dengan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan yang menerima 10,397 undi.

Kemenangan Streram Yang Tertangguh Buat Kali Ke 2

Kemenangan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan jelas menunjukkan sokongan rakyat kembali ke Barisan Nasional (BN) dengan melihat kepada majoriti dan jumlah pengundi calon bebas setelah lebih Kerajaan Harapan memerintah.

Momentum seperti ini harus dikekalkan oleh pemimpin tertinggi buat parti UMNO, PAS, MIC dan MCA untuk merampas kembali hati rakyat yang telah dicuri oleh Pakatan Harapan dengan pelbagai janji yang tertunda.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here