Kecoh Selepas Ungkapan Bodoh Dituju Kepada Empat Ahli Akademik Di Forum Statut Rom

Suasana forum berkenaan dengan Status Rom di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya Kuala Lumpur pada tarikh 27 April 2019 bertukar menjadi kecoh sewaktu sesi soal jawab.

Sewaktu sesi soal jawab dalam forum awam yang membincangkan tentang topik Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) itu menjadi kecoh apabila bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii bersuara tidak berpuas hati.

Mohd Razlan Rafii tidak berpuas hati dengan barisan ahli panel forum bekenaan yang didakwa tidak profesional apabila menggelarkan pihak lain sebagai bodoh.

Kecoh Selepas Ungkapan Bodoh Dituju  Kepada Empat Ahli Akademik Di Forum Statut Rom

Tambah Mohd Razlan Rafii lagi, ungkapan tersejut ditujukan kepada empat ahli akademik yang menulis ringkasan mengenai Status Rom kepada Majlis Raja-raja sebelum ini.

“Kita ini orang yang berpelajaran tetapi tadi kamu menggelar orang lain bodoh dan menggelar empat profesor itu sebagai bodoh. Kita semua sepatutnya boleh bercakap dan kamu pun boleh bercakap tetapi kamu tak sepatutnya menggelar orang lain bodoh, kangkung. Tak perlu pun”, Mohd Razlan Rafii.

Turut hadir dalam forum tersebut ialah Peguam Negara Tommy Thomas, anggota G25 iaitu Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan Professor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi dan seorang peguam bernama Lim Wei Jiet.

Kecoh Selepas Ungkapan Bodoh Dituju  Kepada Empat Ahli Akademik Di Forum Statut Rom

Penganjur forum berkenaan yang merupakan aktivis pelajar Asheeq Ali Sethi Alivi sebelum ini turut menjemput empat ahli akademik yang menulis ringkasan Statut Rom kepada Majlis Raja-raja untuk menyertai forum berkenaan namun kesemuanya tidak hadir.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here