Jangan Tunduk Tekanan Antarabangsa Tentang Isu LGBT, Kata Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa betapa pentingnya agar negara kita Malaysia tidak tunduk dengan tekanan antarabangsa berkaitan dengan isu LGBT.

“Kita perlu bebas dan membuat keputusan apa yang terbaik untuk negara kita, mewakili aspirasi rakyat kita sendiri”, kata Anwar Ibrahim kepada pemberita dalam majlis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor bertarikh 15 Mei 2019.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menjelaskan lagi meskipun Malaysia perlu mengambil kita pandangan komuniti antarabangsa tetapi mereka tidak punyai sebarang hak untuk memberi tekanan ke Malaysia.

Anwar Ibrahim demikian sebagai mengulas kenyataan pelakon Hollywood yang bernama George Clooney yang menyatakan bahawa Malaysia dan Indonesia perlu mempertimbangkan hukuman mati untuk golongan homoseksual seperti dilaksanakan Brunei.

“Kita perlu sedar bahawa kita mempunyai sistem sendiri dan kepimpinan bebas untuk mempertahankan kehendak negara dan rakyat. Mereka boleh beri cadangan, tapi, kita tidak perlu tunduk kepada tekanannya”, Anwar Ibrahim.

Sehari sebelumnya, Timbalan Menteri Luar Negara iaitu Marzuki Yahya telah mengingatkan bahawa George Clooney perlu lebih berwaspada dengan kenyataannya pada masa akan datang.

George Clooney sebelum ini menyeru untuk memboikot hotel-hotel mewah yang dimiliki oleh Brunei sejak Brunei ingin mempertahankan pelaksanaan hukuman mati untuk homoseksual.

Beliau mendakwa untuk boikot Brunei adalah satu simbolik amaran kepada Indonesia dan juga Malaysia walaupun di Malaysia tiada undang-undang terhadap homoseksual.

Jangan Tunduk Tekanan Antarabangsa Tentang Isu LGBT, Kata Anwar Ibrahim

Walaupun begitu, aktiviti seks di luar tabii dianggap sebagai jenayah di bawah kanun keseksaan yang mana Anwar Ibrahim sendiri pernah dituduh berkaitan dengan kes liwat.

Anwar Ibrahim telah dibebaskan dengan pengampunan diraja selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum yang ke 14 dalam tahun 2018.

Beliau sentiasa menegaskan bahawa tuduhan ke atasnya termasuk pertuduhan liwat yang pada tahun 1999 adalah hanya rekaan dan fitnah oleh pemimpin waktu itu untuk musnahkan karier politiknya.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here