Isu Rogol, Warga Indonesia Tunggu Keputusan AG

Dato Seri Najib Razak telah muat naik satu status di Facebook page beliau berkenaan dengan komen terhadap isu rogol yang melibatkan exco kerajaan negeri Perak.

Menurutnya, siasatan pertuduhan rogol pembantu rumah Indonesia yang telah dibuat ke atas exco kerajaan negeri Perak iaitu Paul Yong kini di tangan peguam negara.

Ianya berdasarkan laporan akhbar atas talian Malaysiakini yang turut disertakan bersama-sama dengan tulisan ringkas di status bekas perdana menteri Malaysia ini.

“Semua dengan peguam negara, keputusan, arahan akan datang dari peguam negara”, kata Ketua Polis Negara.

Tambah Dato Seri Najib Razak lagi, ini juga adalah kali pertama beliau melihat bahawa kes rogol boleh selesai disiasat tanpa suspek ditahan atau direman walau untuk satu malam pun.

Ekoran dengan komennya itu, beliau turut mempersoalkan isu tisu bahu Syed Saddiq yang mengaitkan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Isu Rogol, Warga Indonesia Tunggu Keputusan AG

“Kalau pegang bahu sebut ‘ko bodoh’ pula kena duduk 3 malam di dalam”, soal Dato Seri Najib mempertikaikan isu tersebut.

IGP juga tidak mengulas lanjut berkenaan dengan kes rogol seperti untuk kes video intim yang melibatkan Azmin Ali.

Beliau cuma berkata bahawa hal ini sudah ditangan Peguam Negara. Maksudnya Polis sudah “passing bola” ini kepada peguam negara.

Sekarang seluruh warga Indonesia dan Malaysia sentiasa menunggu-nunggu keputusan Peguam Negara sama ada akan mendakwa pemimpin DAP ini atau kes ini akan digugurkan.

Najib Razak
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian kami. Anda boleh ikuti penceritaan artikel ini dari sumber asal yang boleh dibaca di sini.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here