‘Hubungan Bersatu Dan DAP Masih Baik’ – MB Johor

Menteri Besar Johor Sahruddin Jamal berkata setakat ini hubungan antara PPBM dan DAP masih baik dan mesra.

“Hingga saat ini, pada pandangan saya hubungan mesra, baik. (Semalam) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga ada,” katanya selepas mengadakan ramah mesra bersama nelayan hari ini.

Kedua-dua parti Pakatan Harapan (PH) itu masih fokus untuk menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

“Setakat ini hingga ke malam tadi saya masih berkempen dengan pemimpin daripada DAP. Hubungan kami (PPBM) dengan DAP, empat-empat parti mesra.

Sebelum itu, sebuah laman melaporkan Guan Eng akui wujud sedkit rasa tidak gembira dalam kalangan ahli partinya untuk berkempen.

Setiausaha agung DAP itu yakin perkara tersebut dapat ditangani secara dalaman dengan baik.

Sementara itu, Sahruddin belum maklum tentang isu pemberian kad sim percuma kepada pengundi.

“Setakat ke sekarang saya tentang sim kad belum maklum. Jadi saya tak nak komen apa-apa.

“Saya tidak dimaklumkan, macam mana nak nafikan?” katanya.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here