Haziq Aziz Dakwa Bukan Kali Pertama Bersemburit

Haziq Abdullah Abdul Aziz telah buat pengakuan yang mengejutkan seluruh Malaysia berkenaan dengan diri beliau yang ada dalam video seks bersama dengan seorang menteri yang tular.

Menurut Haziq Abdullah Abdul Aziz, adengan dalam video tersebut bukanlah yang pertama kali dibuat oleh mereka. Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan keikhlasan kerajaan baru dalam mengejar reformasi.

Haziq Aziz telah dituduh dengan punyai agenda politik oleh Perdana Menteri selepas membuat pengakuan. Beliau mendakwa bahawa beliau dalam ketakutan dan rasa selesa selepas berjumpa dengan Hilman Idham di Zest Restaurant, Marriot Putrajaya.

Menurut Haziq Aziz, beliau telah dipaksa untuk menafikan bahawa dirinya adalah individu di dalam video tersebut dan diminta untuk berbohong demi repotasi menteri yang terbabit.

“Pertama kali di Grand Continental Kuching, tiga tahun lalu, kemudian di Pullman Kuching semasa Pemilihan Parti (PKR) pada Oktober tahun lalu. Kami sekali lagi melakukannya di Hotel Grand Hyatt KL semasa tugasan kamu selaku Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei pada Mac tahun ini dan bulan lalu di Fourpoint Sandakan”, Haziq Aziz.

Haziq Aziz juga turut bimbang dengan lebih banyak video akan disebarkan namun menteri tersebut boleh menafikannya dengan kelebihan sebagai seorang menteri tetapi masa depannya sudah berkahir.

Haziq juga berharap orang ramai dapat menilai diri sebenar menteri teresbut yang didakwanya sering memanipulasi dan dikelilingi oleh konco-konconya, terutama Hilman; (Exco Pulau Pinang, Dr) Afif (Baharddin); (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Zuraida (Kamaruddin).

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here