Haziq Aziz Bersumpah Dirinya Dalam Video

Pada 11 Jun 2019, Malaysia telah dikejutkan dengan video hubungan sejenis yang tular di media sosial yang menampakkan paras rupa seakan-akan menteri dalam parti Keadilan Rakyat.

Segalanya bermula selepas tersebarnya video intim hubungan sejenis yang melibatkan individu yang bernama Haziq Aziz bersama-sama dengan seorang menteri dan antara pemimpin dalam parti Keadilan Rakyat.

Pada mulanya, penyokong Pakatan Harapan telah menyalahkan UMNO dan Pas dengan menyatakan bahawa video tersebut telah disunting oleh UMNO dan Pas lantas sengaja disebarkan untuk menjatuhkan maruah menteri tersebut.

Namun pada awal pagi 12 Jun 2019, Haziq Aziz sendiri telah muat naik 1 video pengakuan berani dan sumpah di laman facebook beliau dengan menyatakan bahawa beliau adalah individu dalam video tersebut.

Haziq Abdullah Abdul Aziz juga merupakan setiausaha sulit kanan kepada Shamsul Iskandar Md Akin. Beliau telah mendakwa video tersebut telah dirakam pada tarikh 11 Mei 2019 di sebuah bilik hotel di Sandakan.

Haziq Abdullah Abdul Aziz yang berusia 27 tahun ini adalah merupakan lepasan jurusan undang-undang di Universiti Malaya ada menyatakan bahawa beliau berharap agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat menteri terbabit.

Apakah nasib menteri ini selepas pengakuan dan pendedahan ini dibuat? Apakah beliau perlu letak jawatan atau dilucutkan jawatan selepas terpalit dengan skandal seks hubungan sejenis.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil peranan yang sebaiknya selepas Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya oleh Perdana Menteri.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here