Hanya Mereka Yang Bodoh Dan Buta Sejarah Tolak Jawi

Setelah 60 tahun merdeka, nampaknya masih tak cerdik, sama ada bodoh atau buat-buat bodoh? Itulah yang terjadi dalam isu berkaitan tulisan Jawi. Kononnya pejuang bangsa dan negara tetapi haprak dan dungu. Kenapa tulisan Jawi pun nak takut?

Apa masalah Jawi dengan kaum di Malaysia? Semua kita tiada masalah yang bermasalah adalah Dong Zhong dan beberapa NGO berasaskan kaum yang ekstrem dan radikal. Ada beberapa senario yang seharusnya difikir dan dilihat secara lebih terbuka dan bijak melangkaui kepentingan peribadi dan pihak-pihak tertentu.

Sebelum tulisan rumi diperkenalkan, tanah Melayu menggunakan tulisan Jawi. Melaka sebagai sebuah kota berasaskan maritim yang maju pada ketika itu menggunakan Jawi dan bahasa Melayu sebagai lingua franca. Catatan sejarah dan dokumen-dokumen utama yang tersimpan di Universiti Leiden, Belanda dan British Muzium London jelas dicatat dalam tulisan Jawi.

Malah Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka juga menggunakan tulisan Jawi. Malah apabila kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 juga mereka belajar dan mahir menggunakan tulisan Jawi.

Malaysia perlu bergerak maju terus ke hadapan dengan membicarakan isu yang lebih relevan dan perlu, bukannya sibuk dengan isu-isu yang tak perlu dibincangkan dan memperlahankan rentak pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan.

Ada banyak lagi isu besar yang seharusnya dilihat dan diselesaikan, contohnya isu ekonomi dan kemiskinan bandar, krisis pemilikan rumah dan pekerjaan serta kebolehpasaran graduan. Malah isu janji-janji PH juga adalah perlu dijelas dan dibincangkan secara tuntas dan telus. Akan tetapi hari ini apa yang terjadi adalah kita disibukkan dengan isu-isu yang tak perlu dan keanak-anakan.

Hari ini negara melakar sejarah apabila filem dalam bahasa Iban bakal ditayangkan di Malaysia pada bulan Mei 2020. Malah filem ini juga dijangka dibawa ke peringkat antarabangsa. Seorang murid bukan Islam mendapat 8A dalam ujian UPKK (subjek Islam), Phua Hui Ling juga boleh berbahasa Arab dan menulis Jawi.

Malah ramai lagi terutama masyarakat di pedalaman dan kampung-kampung di Kelantan, Kedah dan Terengganu juga boleh membaca dan menulis Jawi. Mereka tiada masalah, kita juga tiada masalah, yang bermasalah adalah pertubuhan ekstrem seperti Dong Zhong dan lain-lain NGO yang bagaikan dirasuk syaitan dalam menangani isu berkaitan Jawi.

Ramai masyarakat Malaysia yang bukan Islam bukan sahaja boleh membaca dan menulis Jawi, malah ada juga yang boleh membaca Quran dan melaungkan azan. Mereka tidak masuk Islam, malah mengetahui dan mempelajari Islam tidak menjadikan mereka seorang Muslim, malah mereka lebih dihormati oleh masyarakat Islam, perniagaan mereka semakin maju dan keharmonian dicipta dengan cukup hebat.

Akan tetapi apabila nak diperkenalkan tulisan Jawi hanya tiga muka surat dalam buku teks darjah 4, maka hilanglah kewarasan akal kelompok ini, bukan sahaja mereka ditertawakan oleh masyarakat Islam, malah masyarakat Cina dan india juga menolak mereka. Apa yang nak diperjuangkan, anda bukan disuruh jadi Muslim, sila kekalkan identiti anda sebagai Cina dan India, tapi kayakan dengan penguasaan pelbagai bahasa dan tulisan, barulah anda menjadi bijaksana dan dihormati kawan dan lawan.

Sepatutnya kerajaan juga perlu bijaksana dengan memperkenalkan tulisan Cina dan India di sekolah-sekolah kebangsaan. Kami juga mahu mengetahui makna dan maksud tulisan-tulisan Cina dan India supaya lebih mudah berkomunikasi dan tidak tertipu oleh mereka-mereka yang berniat jahat. Bagi yang bukan Islam pula, belajar Jawi membolehkan anda memenangi hati orang Melayu dan semakin luas pengetahuan.

Yang menolak Jawi adalah merupakan kelompok yang tak faham sejarah, buta sejarah dan dungu. Tulisan Jawi dianggap khazanah berharga negara ini dan diiktiraf dalam perlembagaan serta kes-kes duluan di Mahkamah. Yang menolak Jawi juga boleh dikira sebagai pengkhianat dan seharusnya disumbat ke dalam penjara atau ditahan dibawah SOSMA kerana cuba mencetuskan kegusaran kaum dan menimbulkan ancaman sosial.

Mereka inilah yang dikatakan ektremis dan berfahaman radikal. Jika mereka terus mendesak, maka akan ada yang bertindak balas dan perseteruan baru akan muncul serta kekal kita dalam mentaliti negara gagal yang dipuncakan oleh golongan dungu, bodoh dan buta sejarah.

MOHD MIZAN ASLAM ialah pakar kajian strategik dan antikeganasan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here