Gabungan Pas UMNO Bakal Menang PRU 15

Pas di negeri Kedah menyokong sepenuhnya gambaran awal oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden Pas yang menyatakan bahawa gabungan antara Pas dan UMNO adalah sebagai resipi untuk merebut kerusi pada pertembungan PRU15.

Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi selaku Pesuruhjayanya Pas Negeri Kedah berkata bahawa gambaran awal itu juga dapat memudahkan jentera pilihan raya dalam menyusun gerak kerja bersama-sama dengan UMNO untuk menghadap Pakatan Harapan (PH).

“Gambaran awal itu sebenarnya memudahkan jentera pilihan raya Pas menyusun gerak kerja yang lebih mantap dalam merealisasikan impian parti untuk menang PRU15. Kerjasama politik melalui kaedah ta’awun Pas dan UMNO itu ternyata menggugat kedudukan PH yang dilihat cuba melaga-lagakan pemimpin kedua-dua parti dengan membangkitkan isu basi seperti takfiri”, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.

Jumaat yang lalu bertarikh 10 Mei 2019, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa Pas dan UMNO akan bergabung menghadapi Pakatan Harapan (PH) dalam PRU15 nanti sewaktu berada dalam majlis Badar Kubra dan Nuzul Quran di Kompleks Pas Kerdau.

Gabungan Pas UMNO Bakal Menang PRU 15

Menurutnya lagi, gabungan itu sudah bakal menawan Putrajaya daripada Pakatan Harapan (PH) memandangkan Pas dan UMNO sudah bersih dari pemimpin korup selepas beberapa individu bermasalah telah keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada masa itu, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi juga menasihatkan ahli dan penyokong kedua-dua parti itu agar tidak terpengaruh dengan dakyah pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Ahli kedua-dua parti harus lebih bersemangat untuk mengatur program bersama-sama dan sentiasa turun padang memperjelas situasi politik yang terkini dan benar kepada rakyat.

“Kerajaan PH sebenarnya cuba mengalih pandangan rakyat daripada memfokus kepada prestasi ekonomi negara yang menjunam selepas peralihan kuasa daripada pentadbiran terdahulu. Contohnya, hutang negara meningkat daripada RM686 bilion menjangkau RM700 bilion, nilai ringgit negara lemah serta penarafan pasaran saham bursa paling corot di Asia ketika ini”, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.

Gabungan Pas UMNO Bakal Menang PRU 15

Tambah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi lagi, Pakatan Harapan (PH) juga dilihat terkial-kial dalam berusaha untuk menepis persepsi rakyat terhadap dakwaan gejala rasuah yang terpalit kalangan kepimpinan mereka.

“Ini ditambah pula dengan beberapa keputusan pusingan U yang terpaksa diambil kerajaan seperti isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bebas tol yang nyata menghakis keyakinan rakyat terhadap mereka. Saya nak mengingatkan kerajaan PH supaya meningkatkan usaha untuk memenangi hati rakyat berbanding menuding jari mencari kesalahan pembangkang”, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here