Fraser Anning, Senator Rasis Australia Kalah Pilihanraya

Ahli politik Australia yang menyalahkan umat Islam susulan dengan serangan di masjid Christchurh di New Zealand pada Mac 2019 yang lalu iaitu Fraser Anning akhirnya telah gagal mempertahankan kerusi Senatnya.

Fraser Anning telah dikecam teruk oleh dua parti politik yang berbeza berhubung dengan pandangan beliau yang berunsur perkauman itu. Akibatnya, Fraser Anning telah kalah dalam pilihan raya umum Australia 18 Mei 2019.

Parti baru Fraser Anning iaitu Parti Konservatif Kebangsaan baru dibentuk dalam Aril 2019 yang lalu dan partinya tidak memperoleh undian yang mencukupi untuk menang kerusi di kedua-dua dewan di Parlimen Australia.

Fraser Anning telah mencetuskan kemarahan orang ramai sejak April 2019 yang lalu apabila mengaitkan umat Islam dengan serangan Christchurch walaupun hakikatnya pengganas kulit putih yang telah menembak mati 51 jemaah di dua masjid.

“Punca utama pertumpahan darah di New Zealand hari ini adalah disebabkan program pendatang yang membolehkan fanatik Islam berhijrah ke negara itu”, Fraser Anning.

Fraser Anning, Senator Rasis Australia Kalah Pilihanraya

Kenyataan Fraser Anning ini telah menyebab seorang remaja telah memecahkan sebiji telur di kepalanya sewaktu diwawancara oleh wartawan tempatan dan kejadian tersebut telah dirakam dan tular di seluruh dunia.

Fraser Anning cuma menerima sebanyak 19 undian apabila bertanding pada tahun 2016 namun selepas ahli politik yang mendahuluinya terpaksa meletak jawatan akhirnya beliau berpeluang untuk menduduki kerusi Senat.

Kekalahan Fraser Anning dalam pilihan raya kali ini sememangnya sudah dijangka dan amat disambut baik pengulas dan ahli-ahli Parlimen lain yang ingin singkirkan Fraser Anning dari arena politik Australia.

“Fraser Anning, beliau balik ke tempat asal kerana tidak akan datang lagi ke Parlimen”, kata seorang penganalisis Perbadanan Penyiaran Australia yang bernama Antony Green.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here