Exco Baru Johor Lulusan Darjah 6

Tosrin Jarvanthi telah dilantik menjadi Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor yang baru dan ramai yang tertarik dengan kejujuran beliau tentang kelayakan pendidikannya.

Exco baru negeri Johor ini berjaya mencuri tumpuan umum setelah mengakui dirinya hanya punyai kelayakan pendidikan sehingga darjah enam sahaja. Walaupun begitu, ianya bukanlah satu penghalang untuk beliau melaksanakan tugas-tugas hakiki sebagai wakil rakyat selama ini.

Individu yang diceritakan ini bukanlan orang yang baru dalam arena politik dan pentadbiran. Tosrin Jarvanthi pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sedili satu ketika dahulu, sebelum sekali lagi memegang kerusi Adun bagi Bukit Permai dengan tiket parti berbeza.

“Saya cakap terus terang, saya tak tipu saya tiada sijil, tiada diploma saya hanya bersekolah setakat darjah enam sahaja di Sekolah Kebangsaan Ladang Fraser dan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting”, Tosrin Jarvanthi.

Exco Baru Johor Lulusan Darjah 6

Dalam tahun 2019, Tosrin Jarvanthi yang berumur 69 tahun pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Muhyiddin Yassin, yang mana pada ketika itu Muhyiddin Yassin menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Banyak komen positif dari nitizen dan banyak juga komen negatif dari nitizen yang tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut yang kebanyakannya mempersoalkan sejauh mana kepentingan taraf pendidikan untuk pemimpin.

Ada rakyat yang mencadangkan kepada Tosrin Jarvanthi agar beliau sekurang-kurangnya pergi dapatkan SPM dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma secara pembelajaran jarak jauh.

Exco Baru Johor Lulusan Darjah 6

Walaupun begitu, sekurang-kurangnya beliau jujur dan tidak menipu dalam latar belakang pendidikan beliau. Cuma yang menjadi ketidak puasan hati orang ramai adalah tiada lagikah orang yang lebih berkelayakan selain Tosrin Jarvanthi di Johor?

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here