Dr Maszlee Malik Diserang Bertubi-tubi

Sedang hangat kini serangan yang bertubi-tubi telah dilakukan oleh ahli-ahli DAP yang tidak berpuas hati terhadap Dr Maszlee Malik selaku menteri pendidikan berkenaan dengan isu kuota pelajar matrikulasi untuk berada di universiti awam.

Sehinggakan, beberapa petisyen secara atas talian telah dibuat untuk mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menukar atau melucutkan Dr Maszlee Malik dari posisinya yang sekarang sebagai Menteri Pendidikan.

Tidak cukup dengan itu, Dr Maszlee Malik yang disayangi oleh Wardina Safiyyah ini juga turut dimaku hamun dengan perkataan “foolist” dan “idiot” yang membawa maksud bodoh oleh Ahli CCC DAP merangkap Ahli EXCO Kerajaan Selangor yang bernama Datuk Teng Chang Khim.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang iaitu Dr P Ramasamy juga turut membidas Dr Maszlee Malik dengan membuat kenyataan bahawa Dr Maszlee Malik ini adalah tidak berbeza dan sama sahaja dengan pemimpin UMNO.

Dr Maszlee Malik Diserang Bertubi-tubi

Apatah lagi apabila cercaan dan kenyataan ini dilaporkan oleh media massa, termasuk oleh media antarabangsa berpengaruh seperti Channel News Asia pada 17 Mei 2019 yang lalu.

Dr Maszlee Malik Diserang Bertubi-tubi

Dr Maszlee Malik Diserang Bertubi-tubi

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Dr Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan Malaysia berhadapan dengan serangan pemimpin DAP dan rakyat. Sebelum ini, ia pernah beberapa kali berlaku yang mana kali pertama apabila Dr Maszlee Malik memaklumkan di parlimen mengenai tiadanya peruntukan bagi SMPC kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional.

Yang paling kuat menyerang Dr Maszlee Malik pada waktu itu adalah Ketua Dapsy Kebangsaan merangkap Anggota Parlimen Ipoh Timur iaitu Wong Kah Woh dan Adun Bercham bernama Ong Boon Piow. Ong Boon Piow dalam kenyataan beliau pada tarikh 26 Julai 2018, malah menggesa perdana menteri agar meneliti semula kesesuaian Dr Maszlee untuk menjadi Menteri Pendidikan.

Kali kedua serangan terhadap Dr Maszlee Malik berlaku apabila Dr Maszlee Malik menasihatkan di parlimen supaya guru-guru agama dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak menjadikan negeri itu sebagai medan dakwah. Apa lagi, Adun Bukit Assek iaitu Irene Mary Chang dan Setiausaha Publisiti Dapsy Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa tak senang duduk dan bangkit menyerang.

Abdul Aziz Isa juga dalam kenyataan beliau pada tarikh 21 Disember 2018 pernah mendesak Dr Maszlee Malik supaya untuk meletakkan jawatan sebagai menteri pendidikan kerana Dr Maszlee Malik adalah individu yang ‘incompetent’ dan ‘insensitive’.

Dengan lonjakan dalam nada serangan pemimpin DAP ini, bolehlah dijangkakan bahawa akan ada tindakan yang lebih agresif bagi menggugat kedudukan Dr Maszlee Malik selepas ini. Ditambah dengan bakaran rakan seperarakan 1969 (Gerakan) supaya DAP mendesak perdana menteri memecat Dr Maszlee Malik sebagai seorang rasis dan di bawah prestasi.

Sejak awal Mei 2019 yang lalu, Stephen Ng telah membuat satu petisyen yang kini telah mengumpul lebih 48,000 tandatangan bagi mendesak perdana menteri memecat Dr Maszlee Malik. Pertengahan Mei 2019 pula No Hope Malaysia telah membuat satu lagi petisyen yang kini telah mengumpul lebih 12,000 tandatangan bagi mendesak Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan.

Agak memeranjatkan bila masih ramai yang seperti belum sedar mengenai tema asas semua serangan ini dan bila hampir tidak ada yang berani mempertahankan Dr Maszlee. Walau apa perbezaan atau sungutan yang ada, sebagaimana mereka dapat bersatu, eloklah jika ada yang membela beliau atas sifat beliau sebagai mangsa kerakusan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here