Dedak RM2.28 Bilion Diluluskan Untuk Sandakan

Kerajaan pusat telah meluluskan 49 projek pembangunan yang bernilai sebanyak RM2.28 bilion di Sandakan, Sabah dan rakyat tahu projek tersebut adalah dedak yang ditabur untuk raih undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan yang akan datang.

Lim Guan Eng yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia berkata antara projek yang dululuskan itu adalah rancangan tebatan banjir Sungai Anip yang bernilai RM40 juta dan projek pembesaran lapangan terbang Sandakan yang bernilai RM80 juta.

“Kesejahteraan ekonomi yang berterusan adalah sasaran utama yang bakal memanfaatkan hampir 400,000 penduduk di daerah Sandakan”, Lim Guan Eng.

Dedak RM2.28 Bilion Diluluskan Untuk Sandakan

Kerajaan Persekutuan juga telah menyediakan peruntukan yang secukupnya di daerah Sandakan agar pembangunan ekonomi terus berkembang sebagai salah satu pusat perniagaan yang berdaya maju di sebelah timur negeri Sabah.

Rakyat tidaklah begitu dungu untuk tidak tahu situasi terkini tentang perihal kelulusan projek ini dan dikaitkan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan yang akan berlangsung pada tarikh 11 Mei 2019.

Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sandakan diadakan berikutan dengan Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang telah meninggal dunia pada pagi tarikh 28 Mac 2019 kerana serangan jantung.

Dedak RM2.28 Bilion Diluluskan Untuk Sandakan

Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang berusia 64 tahun meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu selepas mengadu sakit dada ketika menyertai aktiviti mendaki bukit.

Mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt mulakan pendakian kira-kira 6.30 pagi bersama-sama dengan sekumpulan pendaki di Tambaig Adventure Park, Kampung Duvanson, Putatan dekat Kota Kinabalu.

Dedak RM2.28 Bilion Diluluskan Untuk Sandakan

Datuk Stephen Wong Tien Fatt juga adalah Pengerusi DAP Negeri dan beliau adalah merupakan anggota Parlimen Sandakan selama dua penggal dan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri dilantik bagi menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat pada 9 Mei 2018 yang lalu.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here