Cari Pembunuh Adib Sampai Dapat!

Setelah keputusan inkues Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan berlakunya jenayah dalam insiden yang menyebabkan kematian beliau, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa untuk segera menjejaki pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan keadilan tertegak.

Perkara ini disuarakan oleh penganalisis jenayah terkenal tanah air, Kamal Affendi Hashim dan beliau berkata pihak berkuasa perlu memastikan Muhammad Adib tidak terkorban dengan sia-sia dan pembunuhnya perlu dikenal pasti dan diheret ke muka pengadilan.

“Bukti sudah jelas apabila inkues hari ini memutuskan kematian arwah Muhammad Adib menjurus kepada perbuatan jenayah.

“Jadi PDRM mempunyai tugas dan tanggungjawab yang lebih berat untuk mencari pelaku sebenar berdasarkan bukti, saksi serta dapatan inkues,” kata.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Koroner yang memutuskan kematian Muhammad Adib akibat tindakan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Masyarakat menyuarakan kegusaran dan menuntut keadilan segera buat anggota bomba terbabit.

“Mereka yang bertanggungjawab perlu segera diheret ke muka pengadilan demi kedaulatan undang-undang di negara ini. Jangan biarkan kes Muhammad Adib ini lenyap tanpa ada pihak yang menerima hukuman atau pembalasan.

“Walaupun hukuman itu tidak akan mampu mengembalikan arwah tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi pengajaran kepada setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum bahawa negara ini mempunyai undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa kerajaan untuk menetapkan garis panduan semua rumah ibadat di negara ini perlu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

“CCTV ini perlu dipasang kira-kira 50 meter di kawasan rumah ibadat bagi membuat pemantauan sekali gus mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here