Bukan U-Turn, Kerajaan Tidak Pernah Luluskan Promosi Pameran Doraemon

Datuk Mohamaddin bin Ketapi selaku Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah tampil untuk menafikan dakwaan tentang pameran lukisan bertemakan kartun animasi Jepun iaitu Doraemon adalah sebagai sebahagian bahan tarikan dan promosi pelancongan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Saya tidak pernah meluluskan sebarang gerak promosi membabitkan watak kartun animasi Jepun itu dan ia sama sekali tidak termasuk dalam promosi kita”, Datuk Mohamaddin bin Ketapi.

Tambahan Datuk Mohamaddin bin Ketapi lagi, kenyataan tersebut adalah kenyataan peribadi Pengerusi Balai Seni Negara iaitu Rashidi Hasbullah sewaktu menghadiri majlis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

“Ia cadangan beliau dan jika perkara itu diangkat kepada saya, saya tidak akan luluskan”, kata Datuk Mohamaddin bin Ketapi dalam satu kenyataan beliau untuk menepis dakwaan orang ramai.

Rashidi Hasbullah sebelum ini dilaporkan bahawa pihaknya bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun Doraemon sempena TMM 2020.

Katanya, pameran lukisan berkenaan secara tidak langsung dapat mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana Doraemon mempunyai ramai peminat di seluruh negara.

Laporan itu kemudiannya menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi, khususnya yang negatif. Mengulas lanjut, Mohamaddin berkata, jika usaha mempromosi watak karun Doraemon itu benar-benar berlaku, sudah pasti ini akan dijelaskannya pada sesi sidang media prestasi kementeriannya, Isnin lalu.

Bukan U-Turn, Kerajaan Tidak Pernah Luluskan Promosi Pameran Doraemon

“Saya berharap orang ramai tidak terkeliru dengan apa viral di media sosial itu dan saya berharap kenyataan ini dapat memberi gambaran jelas kepada umum”, Datuk Mohamaddin bin Ketapi.

Menurutnya, jika kerajaan mahu mengangkat watak animasi, sudah semestinya beliau akan memilih watak kartun yang popular di Malaysia dan bukannya dari negara lain.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here