Bekas Setiausaha Akhbar Zuraida Merangka Draf Teguran Kepada Kerajaan

Ahmad Soffian Mohd Sharif yang baru sahaja meletakkan jawatannya sebagai setiausaha akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mendedahkan bahawa beliau kini dalam rangka untuk menyiapkan draf teguran-teguran kepada kerajaan.

Bekas setiausaha akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini telah bekerja dengan Zuraida Kamaruddin selama lebih dua tahun dan beliau mendakwa bahawa beliau tidak menerima sebarang bayaran daripada mana-mana pihak.

Ahmad Soffian Mohd Sharif menekankan bahawa beliau menganggap tugas itu sebagai tugas hakiki serta tanggung-jawab peribadi demi kepentingan negara dan rakyat yang telah memberi amanah.

“Rezeki saya biar Allah tentukan. Saya rasa peletakan jawatan saya dan apa yang akan saya lakukan selepas ini adalah khidmat kepada negara dan teguran bersifat profesional. Terus terang saya cakap, saya sendirian. Tak ada parti politik (di belakang)”, katanya.

Dalam pada masa yang sama, Ahmad Soffian Mohd Sharif berkata beliau tidak pasti sejauh mana pendapatnya mengenai kerajaan akan didengari, namun tetap akan mencuba kerana ia dianggap tugasnya berdasarkan pengalaman pernah bekerja dengan kerajaan.

“Apa yang saya nak, teguran itu boleh dimanfaatkan oleh kerajaan dan rakyat”, kata Ahmad Soffian Mohd Sharif dalam wawancara bersama wartawan Malaysiakini pada tarikh 17 Jun 2019.

Bekas Setiausaha Akhbar Zuraida Merangka Draf Teguran Kepada Kerajaan

Apa yang diketahui dan diwar-warkan di media sosial sebelum ini, Ahmad Soffian Mohd Sharif telah mengaku bahawa meletakkan jawatannya kerana hilang kepercayaan terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Soffian Mohd Sharif yang berusia 33 tahun ini ada juga mengatakan bahawa beliau tetap memandang tinggi kepada Zuraida, namun perkara yang sama tidak boleh dikatakan mengenai kerajaan PH hari ini.

“Masalah dikementerian kami, kami boleh diselesaikan, tapi bila ada orang tanya benda lain, kami tak boleh jawab. Jadi saya rasa, lebih baik orang macam saya tak perlu bernaung di bawah kerajaan”, jelas Ahmad Soffian Mohd Sharif.

Ahmad Soffian Mohd Sharif turut berkata bahawa tegurannya itu nanti tidak boleh dianggap sebagai kritikan yang akan menimbulkan persepsi negatif.

Sebaliknya kata Ahmad Soffian apa yang diutarakan itu bersifat teguran intelektual hasil kajian yang dilakukannya serta pandangan secara bebas dan telus.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here