Bekas Banduan Sebagai Perdana Menteri Malaysia

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat seperti tidak senang duduk dan panik sejak Datuk Takiyuddin Hassan selaku Setiausaha Agung Pas yang menyentuh status Presiden mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bekas banduan.

Ramai yang memikirkan tentang penerimaan rakyat terhadap seorang yang berstatus bekas banduan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri yang seterusnya selepas Tun mahathir.

Imej dan kredibiliti Malaysia akan tercalar di mata dunia jika seorang bekas banduan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jika ada yang menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa politik dan ianya adalah agenda Tun Mahathir sejak 1998 dahulu, maka imej institut kehakiman negara pula yang boleh dianggap tidak telus.

Bekas Banduan Sebagai Perdana Menteri Malaysia

Sehingga ke hari ini, masih tiada jawapan kukuh daripada Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan dengan siapa yang menfitnah atau siapa yang benar-benar salah.

Ramai juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah buat laporan polis dan mendesak agar Datuk Takiyuddin Hassan untuk menarik balik kenyataan beliau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun secara hakikatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim ini benar-benar seorang bekas banduan yang pernah dibicarakan di mahkamah dan dihukum serta beliau pernah dipenjarakan.

Bekas Banduan Sebagai Perdana Menteri Malaysia

Kita juga dibelengu dengan tanda tanya adakah Tun mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia hari ini sanggup melepaskan jawatannya kepada seorang bekas banduan dan dengan pelbagai kenyataan keras daripada beliau sejak 1998 lagi.

Pada 8 Mei 2019 yang lalu, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan telah melontarkan persoalan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai bakal Perdana Menteri dalam satu ceramah di Taman Indah, Sandakan, Sabah.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here