Baru Setahun, Hutang Negara Kini Lebih RM1.1 Trillion Bawah PH

Jawatankuasa Pengurusan Hutang (JPH) yang baru ditubuhkan dan telah dipengerusikan oleh Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 31 Mei 2019.

Mesyuarat tersebut diadakan untuk meneliti kedudukan hutang dan liabiliti kerajaan yang kini bernilai lebih RM1.1 trilion atau 75.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar setakat akhir tahun 2018.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mula memerintah Malaysia sejak Mei 2018 dan sejak itu, jumlah hutang negara semakin bertambah dan bukannya semakin berkurangan sehinggakan kini jumlahnya adalah lebih RM1.1 trillion.

Dalam kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) pada 1 Jun 2019 berkata, ini berikutan peningkatan hutang langsung kerajaan Persekutuan sebanyak RM54.2 bilion kepada RM741.0 billon daripada RM686.8 bilion pada tahun sebelumnya.

Peningkatan hutang langsung ini adalah untuk membiayai defisit fiskal, terutama bagi menampung komitmen pajakan perkongsian awam-swasta (PPP) dan perbelanjaan “off-budget” yang sebelum ini tidak dimasukkan ke dalam penyata kewangan kerajaan secara telus, menurutnya.

“Jumlah jaminan yang dtanggung kerajaan dan dibayar oleh kerajaan juga meningkat khususnya bagi membiayai projek pengangkutan awam sedia ada yang sedang diteruskan. Peningkatan liabiliti ini bukanlah bagi membiayai projek infrastruktur baharu tetapi untuk menampung pembiayaan projek yang sedang dilaksanakan”, menurut MOF.

Tiga projek pengangkutan itu ialah Laluan Rel Pantai Timur, Transit Aliran Massa dan Transit Aliran Ringan.

MOF berkata JPH itu akan mengenal pasti langkah untuk mengurangkan hutang dan liabiliti kerajaan ke paras yang lebih terkawal, di samping meningkatkan kecekapan pengurusan hutang dan liabiliti.

“Ini termasuklah pengkajian semula projek berkos tinggi dan pengenalpastian jaminan yang ditanggung dan dibayar kerajaan yang boleh distruktur semula. Langkah ini diperlukan kerana caj pembayaran balik hutang daripada pelbagai obligasi kewangan mengekang kerajaan daripada menyediakan peruntukan kepada program dan projek lain yang lebih produktif”, menurut kementerian itu.

MOF mengulangi bahawa pada masa ini, terdapat hutang yang dijamin kerajaan yang mempunyai kadar pembiayaan yang sama dengan entiti korporat tempatan bertaraf “AAA”.

“Bagaimanapun, kos pembiayaan ke atas hutang yang dijamin kerajaan seharusnya hampir setara dengan kos terbitan kertas hutang kerajaan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS)”, katanya.

Menurut MOF, setakat 31 Mei, 2019 kadar kupon MGS bagi tempoh 10 tahun adalah 3.78 peratus setahun dan ini adalah antara kadar terendah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

JPH akan menyemak semula segala akta, prosedur dan perundangan berkaitan dengan hutang langsung kerajaan, jaminan kerajaan dan komitmen lain, kata MOF.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here